jantung-degup . ;)

Friday, November 18, 2011

Insomnia .

Assalamualaikum!








Menjelang hari-hari nak ke Lendu ni,
Baru perasan yang packing aku tak perfect.

Dahlaa tengah sentap dengan orang , barang-barang pulak buat hal. Okey tepikan dulu.



Gambar dah settle . First time aku suka gambar passport aku,dimana peristiwa ini hanya berlaku sekali seumur hidup. Asyik dok ulangtayang jea. HAHA


Ehhh siapa yang comel sangat ni?
Siapa yang cute dengan dimple dia yang ada 2 nih?
Siapa yang ohsem sangat nihhh?

Okey menyampah,kan?



Orang semua kecoh pum-pang-pum-pang balik Ahad , aku balik Sabtu .Naik bas . Alone . Parents menyusul kemudian,dengan barang-barang yang lain.

*Ehhh,lagu ni ohsem la . Penghujung Cinta - Pasha .*
Sambung balik.



Disebabkan ayah ada kelas pagi, so aku tumpang dia sampai KL Sentral, than pandai-pandailah aku membawa diri ke UiTM sana.


Maybe orang lain..

Eww, balik jelaa dengan parents kau?
Kau pehal dowh carik pasal?Dahlaa sensorang!
Parents kau dah tak sayang kau ke? <----- ini buat I sentap okeyy ? Haha.



Jawapan aku :


Aku okey je macam ni . Aku lagi suka . Takde siapa nak control aku nak pegi mana-mana. Aku suka belajar melalui pengalaman . Kalau nak cakap pasal risau,parents aku pun risau sebenarnya.Tapi diorang just cakap nih jea :

Jaga diri baik-baik .

Bagi aku, bila parents dah bagi kepercayaan macam itu,jangan laa sia-siakan . Setakat ni , Alhamdulillah tak ada apa yang jadi sepanjang aku melangkah sensorang kemana-mana . Haha
Sabtu nih pun semua on the spot je . Tak kuasa aku nak menempah-nempah on9 time-time gawat cenggini . Hahaha.



*tajuk takde kaitan,kan?Hahah Padan muka!*


Jumpa lagi,

Thursday, November 17, 2011

Cippy - Fat Cat.



Assalamualaikum !





Spot the difference(s).....?


Sejak hari Isnin lepas, Cippy macam dingin betul dengan aku.
Pantang aku dukung kejap dah cakar-cakar tangan aku. 
Selamba betul.Panggil pun buat dunno je.Pandang pun sipi-sipi


Cisss.

Mesti dia marah sebab aku bawak dia pegi ambik vaksin hari tu.

Eleh, bukan ambik pun,coz vaksin dah habis.
Ke dia marah coz aku panggil dia Fat Cat?Hoiii dia memang dah gemuk melampau sekarang.Aku bagi dia latihan suruh lari pun buat bodoh je macam takde pape . Kalau bergerak pun macam ada orang duduk atas dia.


Pemalas.Ikut aku la nih.Haha


Ke dia terasa aku tukar wallpaper lappy aku?
Sebelum ni pic dia sebesar-besar alam jadi wallpaper aku,sekarang aku tukar ,letak gambar kawan dia, Puss in Boots.<------ aku nak tengok cite nihh hoiii !





Wallpaper lappy aku.

Apa-apa pun,kau jangan macam-macam sangat,Cippy.Aku dah nak balik UiTM nihh ! *sambil tengok kesan 'tandatangan' Cippy kat tangan*


Itu jea. Hari nih nak ambik gambar . Tak sukanyaaaa !


Jumpa lagi,









Tuesday, November 15, 2011

Tun Merah = Gundik ?



Assalamualaikum ! ;)




siapa rindu tangga ni dia gila . =='

Minggu ni last cuti . Sabtu nih dah off ke Lendu.



Semester baru.
Semangat baru.
Jadual baru . <---- menyedihkan.Tapi boleh tahan lagi coz takde kelas malam.



Yang pasti,aku kini lebih cepat emosi. <--- Statement bahaya.Tapi jangan risau,aku masih pemalu dan menawan seperti biasa. <---- apakah?


Dengar-dengar ada kemungkinan Part 1 takkan ada dekat Tun Merah coz semua unit kolej letak dekat kolej baru. Ini adalah hadiah dan musibah.


Hadiah : Dayana kembali pulang ke Tun Merah . Hahahahh
Musibah : Takde rasa senior life . Sumpah tak guna . 


Aku harap intake Nov-March 2012 ramai lahh gadis-gadis,supaya ada yang tersesat ke Tun Merah.
Rugi tahu tak masuk Tun Merah?


Kerugian utama : Takdapat kenal aku ; orang yang paling comel,menawan,pemalu @ Tun Merah. :P


Masa nak gugel something, aku terjumpa petikan nihh :

.'..........Tidak berapa lama selepas menjadi sultan, Sultan Mudzaffar Shah telah berselisih faham dengan Tun Saban. Tun Saban pun membuat Kota kubunya di Temong. Punca perselisihan itu disebabkan oleh Sultan Mudzaffar Shah yang berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama Tun Merah untuk dijadikan gundik. Tun Saban tidak membenarkan. Baginda pun memanggil Tun Saban ke Istana serta menitahkan beliau pergi beramu (mencari kayu) di hutan untuk membuat Istana yang baru. Sepeninggalan Tun Saban, datanglah orang-orang Raja memanggil Tun Merah dan dibawa ke istana. Tun Saban pun terlalu marah dan kembali ke dalam hutan serta ditebangnya sepohon kayu tualang yang amat tajam di pangkal dan hujungnya. Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipuja selama tiga petang berturut-turu, akhirnya batang itu pun terbang berpandu menimpa istana Sultan Mudzaffar Shah menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Apabila Baginda ketahui perbuatan itu datangnya dari Tun Saban, maka Baginda pun tersangat murka lalu memberi titah menawarkan pangkat Bendahara kepada barang siapa orang-orang Baginda yang dapat membunuh Tun Saban. '



kredit :http://sultan.perak.gov.my/bahasa/mudzaffar_shah.htm


Tun Merah : gundik ? T_T


Gundik tuh apa?
Pegi gugel sendiri . Grr .


Kenapa sejak dua menjak ni aku rasa semua rasa tak kena eh?

Jumpa lagi,





Saturday, November 12, 2011

Atuk.........


Assalamualaikum ! :)



Bila kita baca kisah sedih orang lain pun kita boleh menangis, mengalirkan air mata bagai,
Inikan pulak kalau kisah sedih tu datang dari kawan baik dunia akhirat kita.


Izzah,kalau kau baca entry aku ni,aku nak cakap yang aku menangis lepas baca entry kau,sebab aku pun tengah lalui benda yang lebih kurang sama .


Kalau kau dengan kisah nenek kau,aku dengan kisah atuk aku .


Macam aku cakap dengan kawan-kawan aku,hidup aku sebelum aku jejak alam universiti nih tak sama dengan orang lain.


Orang lain lepas SPM buat macam-macam, ambik lesen , tapi aku tak.
Dua minggu(kalau tak silap) lepas aku habis jawab paper Ekonomi Asas,aku jejak PLKN. 


3 bulan berlalu,aku balik.Tak sempat nak tarik-hembus-lepas nafas lama sikit, dah sibuk dengan result.Lepas result,aku kerja.


Tak sampai 2 minggu aku kerja,aku berhenti.


Kenapa?


Nenek aku call,cakap atuk aku taksihat.Lepas makan je batuk-batuk teruk.


Ayah terus siap-siap.Aku sekali sebab atuk aku tak boleh jalan betul sangat.


Lepas bawak atuk aku ke klinik,doktor suruh bawak pegi hospital terus.Aku cuak gila. Sampai-sampai hospital,ayah aku suruh aku bawak atuk aku masuk Emergency Ward (coz nak parking kereta).Punya menggeletar tangan aku sorong kerusi roda masa nak masuk tu,ALLAH SWT je yang tahu. Aku masuk , dan semua nurse dekat situ tanya aku macam-macam,tanya kenapa tu,kenapa ni.Aku takut,terus nangis.Aku tak tau apa-apa, tapi nurse tu macam paksa aku.Aku nampak ayah aku,terus okay balik.Aku keluar,biar ayah aku yang jawab soalan doktor+nurse tu.


Dah macam okey sikit,doktor cakap atuk takboleh makan macam orang biasa,kena guna tiub . Depan mata aku,nurse tu pasang tiub makanan tu.


Aku nampak atuk tak selesa.
Aku nampak atuk marah.
Sampai atuk cakap,dia nak mati dekat rumah.


Memang hati keringlah kalau tak menangis masa tu.


Disebabkan sedara-mara aku semua sibuk,anak-anak dorang pun takde transport nak pergi hospital jaga atuk,aku offer diri aku jaga dia.


Hari-hari aku jalan 1.5km dari Stesen KTM Klang-Hospital Sri Kota.
Hari-hari aku mandikan atuk aku.
Hari-hari aku tukar baju dia.
Hari-hari aku tengok seksanya atuk aku bila nurse asyik masukkan tiub baru sebab atuk tanggalkan bila tiba-tiba dia rasa rimas.
Hari-hari aku bagi dia makan ubat,minum susu lepas nurse tu ajar aku supaya senang bila atuk boleh balik rumah.


Kadang-kadang sampai tak jemu aku menangis bila dia tanya aku,


Mana ayah?Nak balik rumah......


Lepas dua minggu masuk hospital,atuk boleh balik rumah.Leganya hati bila tengok atuk tak batuk-batuk teruk macam dulu,hanya ALLAH SWT je yang tahu.


_____________________________________________________________________




Tun Merah,UiTM Melaka.


"Kak,ibu dengan ayah dekat hospital ni,atuk nak kena operate.Nak masukkan tiub dalam perut atuk sebab tiub yang atuk pakai sekarang tak berapa berkesan," -Ibu


Aku terus terdiam.Risau takde batasan,bila fikirkan atuk aku.Aku terbayang apa jadi kalau dia tanggalkan tiub tu macam dia buat masa aku jaga dia dulu.
Aku tahan diri aku daripada menangis,sebab aku ada exam esoknya.Aku gelak,hidup macam tak ada apa-apa.


Aku tak tau kenapa,aku menangis bila nampak atuk baru-baru ni. Aku makan sekali dengan dia . Kalau ikut doktor,atuk tak boleh makan benda-benda macam orang biasa makan.Bubur je boleh.


Bubur je weh.


Tak rasa sedih ke bila orang seronok makan,dia just perhati sambil makan bubur je?
Tapi malam tu aku makan dengan atuk aku . Aku tengok dia berjalan . Aku tengok tiub yang ada dekat perut dia . 


Air mata sekali lagi datang,tanpa diundang.


Orang lain boleh cakap apa-apa je dorang suka.
Aku diamkan sebab dorang tak rasa apa yang aku rasa.


Bukan mengungkit,tapi aku betul-betul sedih.


Aku nampak dia tak suka dengan tiub dia.
Aku nampak kesedihan dia yang dah tak sama macam dulu.


Aku tak sanggup tengok semua tu.Ayah aku faham,and ayah aku ajak kitorang balik rumah malam tu jugak.


"Dulu,atuk suka dukung,main dengan Syira masa kecik-kecik,sekarang Syira pulak yang jaga atuk....." - Nenek sedara aku.


Hari-hari,aku takpernah lupa nak doakan atuk.


Aku nak tengok atuk happy pasang pelita macam dulu.
Aku nak tengok atuk happy tukar carpet kalau dah nak raya macam dulu.


Macam Izzah jugak,aku mohon doa korang.Even tak pernah kenal,anggaplah ni pertolongan sesama saudara Islam.Doakan nenek Izzah dan atuk aku supaya diberi kesembuhan untuk terus lihat cucu-cucunya berjaya dalam meniti hari-hari akan datang. Insya-ALLAH .


Jumpa lagi!

Friday, November 11, 2011

15 Zulhijjah 1432

Assalamualaikum !


Cantik tarikh ni.


11/11/11.


Bak kata Nina, mesti ada orang yang nak kawen/nikah pada tarikh ni.Haha .
Aku pun just macam...


ohh,nice lah tarikh ni.....


Tapi kat Facebook+Twitter, ada jugaklah yang gaduh pasal tarikh ni.


Terjumpa artikel ni tadi ,


Dalam kitab Satanic The Holy , Mr. St. Wingston bagitahu bahawa 11.11.11 adalah hari kebangkitan syaitan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja muja pada hari keramat yang ditunggu tunggukan oleh Mr. tersebut . Sebenarnya orang tak akan tahu makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya mereka untuk  menyesatkan semua agama Islam , Buddha dan Kristian . Dan di mana nanti Yahudi dan mereka akan bergembira dengan kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya Father of God Satan akan menyesatkan semua anak Adam , St. Mary dan Crist Jesus . Maka Kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk mereka sempena keturunan mereka 6.6.6 , 9.9.9 dan 11.11.11 .


Nauzubillahiminzalik.


Semoga ALLAH SWT terus memberi perlindungan kepada kita.


Terkejut jugak bila tahu benda ni.


Seriously,kalau tanya aku,mesti gagap-gagap pasal tarikh dalam bulan Islam.






Kalau 15 Zulhijjah jadi TT pada 11/11/11 nih, memang aku terharu gila.
Oh ya , aku jumpa jugak apa hukumnya kalau kita obses sangat 11/11/11 nih.




Bagi aku,macam ustaz nilah,tak salah,tapi jangan lebih-lebih,beriktikad (niat,berpegang) dengan 11/11/11 tu kononnya tarikh tu banyak 'ong'lah,tarikh tu akan menunaikan segala hajatlah,ini wat de hell namanya. ;)




moral:Nampak tak berapa jauhnya,jahilnya kita sebenarnya?<----- ayat untuk diri sendiri jugak!




Jumpa lagi ,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...