jantung-degup . ;)

Tuesday, August 23, 2011

Virus Datang Lagi .

assalamualaikum !

salam Ramadhan !


aku tak taulah apa kejadah aku update blog nih hari-hari tanpa henti . Max 24:7


Pasal dah nak cuti Raya la kot gamaknya . HAHA . tapi seminggu je takpayah nak excited sangat la kann ? 


Demmmm .


Never mind . Abaikan .


Aku nak cerita benda ni je .


Ingat tak pasal VIRUS FACEBOOK yang ala-ala cenggini :


Hi,how are you ?
Wanna laugh? :)
blaa..blaa sampai dia bg link haramjadah tu.


Aku rasa benda ni macam dah lama and dah tak kecoh tau . Aku pun kena sekali je,akibat kelurusbendulan aku.


Namun,mujurlah Avira mempertahankan lappy aku dengan terror sekali,so,takde effect apa-apa (setakat ni laa)


sampai satu hari ni (minggu lepas kalau tak silap)


aku on9 Facebook, and ada classmate aku tegur aku.Masa aku reply,takde pulak tanda hijau bulat yang menandakan dia on9. Aku dah rasa semacam.






Haha . aku rasa nih taktik baru kot.
Tapi aku musykil sikit la yang last tu.


I'll be back.*ala-ala suara Arnold Susahnakeja @ Terminator. :P


takpuas hati ke apa tu ? haha :)))


sekian.


till then,








ini cerita BC061K082 :)


assalamualaikum,semua ! :)


Cepat betul masa berlalu .


Lagi seminggu + 2 hari nak Raya.


Godek-godek Facebook,


semua tengah 'huru-hara' pasal Percubaan PMR esok ( hari nih).


Cakap pasal trial PMR....


sumpah buat aku senyum sendiri.


time aku F3, (dah 3 tahun weyy :') )




hasil aku tak hantar kerja kursus Sejarah dengan Geografi masa F2,terus aku kena humban dekat kelas ke-3.


and hari first sekolah 2008, aku menangis, tak dapat terima hakikat, sebab selama aku belajar,aku tak pernah turun kelas. Jenuh member-member aku pujuk suruh stop nangis,even ibu ayah pun datang sekolah sebab risau + pujuk aku.


Aku dah tak fikir dah apa student lelaki fikir time tu. Dorang kutuk ke apa ke aku dah tak peduli.


And start dari hari tu,aku tanamkan azam dalam hati aku,aku mesti naik kelas pertengahan tahun nih (sebab sekolah aku biasanya ada rombakan lepas exam pertengahan tahun).Memula aku benci jugaklaa budak-budak dalam kelas tu sebab aku tak kenal dorang sangat,kecuali member aku yang girls laa sebab ramai satu hostel dengan aku .


Tapi lama-lama.....best gila pulak. Hari-hari ada je yang buat lawak . Time exam bulanan jangan cakaplah . Kalau takde cikgu yang kena dengan dorang tak sah .Hari-hari aku gelak,tak miss pun sebab dorang kreatif gila nak prank orang. 


Letak paku kat kerusi orang.
Terbaling marker sampai kena tudung orang.
Kantoikan orang tido dengan cikgu.
Main nama bapak/mak/atuk orang --------> ni wajib hari-hari . :)




Sampai la exam pertengahan tahun.


Lepas exam,aku buat macam biasa . Aku tak terfikir pun pasal aku nak naik kelas sebab aku rasa tak mampu.Takkan la budak kelas ke-3 boleh naik kelas 1st senang macam tu je,kan?




Sampai la satu hari aku kena panggil dengan penyelia tingkatan 3 time tu,dia mintak peratus and gred aku.






Kalau tak silap,aku dapat 6A kot time tu.




And lepas tu,kecoh 1 kelas.Aku diam je.




Minggu yang sama jugak,cikgu bagi announcement cakap Isnin nih rombak,terus masuk kelas baru . 


Aku takut.


Aku takut aku kena tinggalkan kelas tu.Sebab ramai cakap macam tu. Aku sedih gila kot. Kelas 1st bukan stok bising+kecoh macam kelas lain.


Kelas mayat------> panggilan untuk kelas 1st time tu. :P






Hari Isnin.




Apa yang aku takutkan jadi kenyataan .


Nama aku ada dekat senarai murid kelas 1st.


Again,aku rasa nak nangis,tapi aku boleh tahan lagi time tu sebab ramai cakap tahniah kat aku,sebab 'lompat' kelas jauh. 


Kelas ke-3 -------> Kelas 1st.




Dan aku still belajar macam biasa,even memula tu lain macam jugak la sebab kelas tu senyap gila . Kalau gelak-gelak pun semua tu team aku + budak-budak hostel.




Math aku still bongok. Dapat D.




Sampai la trial PMR.


Memang hampasss aku punya result. Orang lain 6A,7A,9A,


aku 2A je .


Memang malu. Tambah-tambah lagi orang yang 'lompat' kelas macam aku.


Siyes rasa taknak masuk kelas tu lagi dah.


Dengan perlian,kutukan bagai,aku buat macam biasa.Lepas tu.. (bersambung)






Yang penting,korang buatlah sedaya upaya,sebab trial PMR nih sangat penting,sebab MRSM biasanya tengok keputusan trial dulu baru tengok yang PMR sebenar.Tapi jangan tension-tension sangat,nanti serabut tak boleh jawab . 




Usaha,doa,tawakal=Kejayaan,insya ALLAH .








Buat calon-calon PMR,all the best !




dah habis. :)






till then,




















nota kaki : terasa kosong hidup aku without Dayana . imysm ! :')







Friday, August 19, 2011

saya sayang awak !

Kolej kediaman baru .




Buat orang gembira,
Buat orang sedih .






Gembira : kalau orang yang pindah tuh musuh,psiko atau orang yang langsung taknak jaga personal hygiene dia (haha nih aku jumpa kat blog someone memang COOL gila ! ;))


Sedih : kalau orang yang pindah tuh kawan baik kita,yang supply Mie Sedaap bila korang lapar,yang bagi Nesvita bila korang teringin air panas and yang paling penting orang yang selalu ada dengan kita bila kita susah atau senang . Teman bergosip jika terkantoi dekat mana-mana . Haha :)


*saya ada soalan,yang nak sedih sedih tu kenapa? bukan dah tak boleh jumpa langsung?Bukan mati pun .

-Z(bukan nama sebenar) , Zimbabwe .


Baiklah En.Z,terima kasih atas soalan itu.FYI,dekat UiTM nih bukan ada seribu dua,tapi ada 8500 pelajar.Agak-agak kau boleh ke jumpa muka yang sama tetiap hari ? Lain laa kalau orang tuh satu bilik dengan kita. Nak paham lagi,sambung baca yang kat bawah nih :


PALING Sedih : kalau orang tu kita kenal since Form 1 . Guess what? time Form 1 aku satu dorm dengan dia .

ya, entry hari Jumaat ini aku tujukan buat sayang-cinta aku, Nurul Dayana.






*kualiti gambar teruk sikit sebab takde flash .:3

Dia sanggup tahan tidur kat bilik air-cond even dia tak tahan sejuk semata-mata risaukan aku tidur sorang time Minggu Destini Siswa. Disebabkan itu jugak dia dapat selsema and demam yang sangat teruk . Berhari-hari jugak la nak tunggu dia baik .




Tak semua orang tahu yang aku pernah jatuh teruk dekat atas jalan masa otw nak balik Tun Merah lepas MDS @ Dewan Bendahara,sampai lutut aku luka teruk and susah nak jalan.Masa aku terjatuh,Dayana betul-betul kat sebelah aku . Aku tahan sakit and buat macam tak ada apa-apa,tapi Dayana sangat risau dan tak henti-henti tanya aku okey ke tak .Aku stay gelak even memang pedih gila time tu.


Sampai-sampai bilik,Dayana cuci luka and balutkan luka aku.Aku diam,tahan sakit. Tapi aku pelik kenapa dia diam.


Aku perhati muka dia, dia menangis ! Aku pelik gila.Dalam sakit-sakit tu,aku terus tanya,

I_D : Laa..kenapa nangis pulak ni? Aku okey laa.Takde apa-apa,sikit je ni...


D : *diam kejap,than cakap , "Mana ada!" *dengan air mata yang terus mengalir.

I_D : Wehh,dah la tu..aku okey ni...

D : Yela,aku patutnya jaga kau,tapi aku yang sebabkan kau jatuh...*and aku tak ingat dah apa ayat dia lepas tu

Aku diam terus. Tak terkata . Thanks, sayang . <3



Dia tetap kejutkan aku even dah banyak kali kena marah dengan aku.


Dia tetap senyum even aku selalu kenakan dia,cakap dia macam-macam.


Dia tetap cakap 'Bye!' kat aku everyday sebelum dia gerak pegi kelas even dia tahu aku memang takkan cakap apa-apa,atau lebih tepat,buat bodoh . :)






Dan pastinya,


aku rindu semua tu.


Lepas ni,


Dah takde siapa nak kutuk aku dalam bilik.


Dah takde cerita lawak kau yang kau selalu share dengan aku .


Dah takde muka study yang selalu aku tengok lepas aku bangun tidur.


Dah takde orang yang nak tidur sekatil dengan aku.




Dan apa yang paling pasti,


Air mata aku mengalir dah tak boleh nak berhenti bila tulis entry ni.*tsktsk








Dayana,aku memang takkan mengaku kat kau personally dengan kau sebab aku nak semua orang tahu.




Aku sayang kau , sangat-sangat.


Aku mesti rindukan kau . Mesti . 


Jangan lupa aku.Aku tau lepas ni kita susah nak jumpa. :')








Janji dengan aku,sem.5 kita jadi NR sama-sama,k?




 *dah tak nak tulis lagi keyboard aku dah basah dengan air mata . teehee :')






sekian.



till then,















Tuesday, August 16, 2011

Cerita 16 Ramadhan.....

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan ! *Cepatnya dah 16 Ramadhan ! Alhamdulillah..


















Pergh . aku tak tau kenapa sejak dua menjak nih aku teringat semua yang ada dekat rumah . Chippy especially .


Semalam,time nak tulis nama untuk kehadiran bacaan Yaasin level,aku tertulis nama Yana (my last adik).


Memang nak kena balik nih .


Tapi..


Ada Common Test.


*hakikatnya aku tahu ada Common Test LEPAS aku beli tiket bas balik untuk minggu ni. 


Nasib baik ibu tak tau aku dah beli tiket.Mencegah lebih baik daripada mengubati . heh .




Ceritanya...




Tadi,aku call ibu.


"Kak,jadi tak balik minggu nih?"


"Tak jadi.Ada test.Kenapa?"


"Laa,ayah baru plan nak shopping raya hari Jumaat ni,"




WHAT THE.... ?????


lalu aku beristighfar. *eceh.


"Alaa...nak ikut..."


"Nanti ibu tanya ayah.Lagipun ayah dah start cuti Jumaat depan.Kakak balik Khamis,kan?"


:)




LEGA GILA !




Lepas tu,aku cuba nasib aku even aku dah tau apa jawapannya.


"Bu,lepas test orang balik boleh tak?"


"Test habis pukul berapa?"


"Hari Sabtu,start 830am-1030am."


"SABTU? Tak payah. Buat penat je. Membazir pulak tuh."


*SIGH.




TAKPE TAKPE AKU MENGALAH KALAU UiTM TAKNAK BAGI AKU DL UNTUK SEM. NIH,SIAP !*teehee.






moral : UNTUNGLAH dapat balik tetiap minggu . *takde kaitan dengan sesiapa. TAK ADA, OKAY ? haha ;)




sekian.




till then...

















Tuesday, August 9, 2011

5 Ogos 2011 :)


assalamualaikum !


pergh .


hari tuh bukan main cakap kau tak nak balik sepanjang Ramadhan .


tapi,akibat satu RESIT,aku kena balik rumah BY HOOK or BY CROOK.




okey,cerita banyak pun tak guna,kan?


Alkisahnya,aku pun pulang ke Selangor minggu nih .


Disebabkan aku tak nak sangkut dekat KL Sentral sejam macam masa balik cuti mid-sem,Hari Selasa last week aku beli tiket Jebat Ekspres pukul 1.00pm.




Hari Jumaat.Kelas AIS habis awal. bagus.


Dengan gembiranya aku tunggu bas depan UiTM,walaupun bas tuh lambat 15 minit kalau tak silap aku.Lama bai.




15 minit kalau tak puasa : Sekejap gila.


15 minit kalau puasa : Lama gila mak oii !




heh.


Aku ternampak ada bas merah yang aku tengok dari jauh memang indah khabar dari rupa berbanding bas yang aku naik pukul 230pm.


"Woi,jangan cakap dengan aku nih bas kita.Bukan,kan?" suaraku berharap-Hijau Daun.


"Betul la tuh," kata H bukan nama sebenar.


Dengan pilunya,aku naik. Redha jelah.


Panas kot . aku tido pun sangkut-sangkut awatt bahang sangat nehhh ~




230pm-Terminal Bandar Selatan (TBS)




Sampai je kat sini,aku decide nak ikut member aku naik KLIA Ekspres (ERL) ke KL Sentral .Memang mahal sikit berbanding naik KTM,tapi itu je pilihan yang aku ada.
Tak sanggup aku nak tunggu lama,berhimpit macam sardin,tambah-tambah time puasa . Penantian itu satu penyeksaan tau tak ? Berhimpit pun . haha :)


Tiket KLIA Ekspres-KL Sentral


Dewasa : RM 4.20 
Kanak-kanak : RM 2.00




Okey.


Lepas aku beli tiket,tak pasal-pasal member aku nih cepat-cepat lari.Aku tengok jam perjalanan tren.Lagi 3 minit. Patutlah.


Apa aku buat ?


Aku mana boleh ketinggalan,kan ?






So,aku LARI.






Ya,aku lari sepanjang naik eskulator,sepanjang jejantas menuju rel ERL tuh,dan diikuti oleh 2 orang member aku yang lain.(sebab aku ketua rombongan,so apa aku buat mereka HARUS IKUT LA KANN ? ) heh.


PENAT LAA GILA !




Member aku gelak je.Gila ekspres tren tuh aku baru nak lelap kejap dah sampai.Ciss.






315pm-KL Sentral




Kat sini dah boleh rileks sikit.Sampai pun awal,so boleh laa kau nak jalan-jalan tengok barang,makanan segala yang ada dalam KL Sentral pun.Tak sampai 15 minit jalan-jalan aku dengan member aku terus beli tiket KTM.Aku beli tiket sampai Padang Jawa sebab ayah aku keje area situ aje.Member aku yang lagi dua tuh sorang turun Shah Alam,sorang turun sama dengan aku.


KL Sentral-Padang Jawa: RM 3.50 (Dewasa)
KL Sentral-Shah Alam : RM 2.90 (Dewasa) *tak silap aku laa.Jangan percaya sangat.heh






Sampai je tren,kitorang naik laju-laju.Alhamdulillah laa tren tuh tak ramai orang.Maybe sebab orang tak balik kerja lagi,kan? :)




430pm-Stesen Komuter Padang Jawa.


Aku sampai.Perghh.Jenuh aku nak tunggu setengah jam coz ayah aku kuar office and fetch me up pukul 500pm.Aku pun jalan-jalan laa dekat Pasar Ramadhan yang baru nak bukak.Orang pandang semacam.Eheh.Rasa macam takpuasa je. HAHA.Pukul 500pm,ayah sampai.Tepat pukul 729,aku berbuka puasa dekat rumah dengan family ! <3 YEAY ! :)






Satu perkataan yang gambarkan hari aku hari tuh : HEBAKK !




                                         Credit to : pijahashim








sekian.




till then,
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...