jantung-degup . ;)

Tuesday, November 15, 2011

Tun Merah = Gundik ?



Assalamualaikum ! ;)




siapa rindu tangga ni dia gila . =='

Minggu ni last cuti . Sabtu nih dah off ke Lendu.



Semester baru.
Semangat baru.
Jadual baru . <---- menyedihkan.Tapi boleh tahan lagi coz takde kelas malam.



Yang pasti,aku kini lebih cepat emosi. <--- Statement bahaya.Tapi jangan risau,aku masih pemalu dan menawan seperti biasa. <---- apakah?


Dengar-dengar ada kemungkinan Part 1 takkan ada dekat Tun Merah coz semua unit kolej letak dekat kolej baru. Ini adalah hadiah dan musibah.


Hadiah : Dayana kembali pulang ke Tun Merah . Hahahahh
Musibah : Takde rasa senior life . Sumpah tak guna . 


Aku harap intake Nov-March 2012 ramai lahh gadis-gadis,supaya ada yang tersesat ke Tun Merah.
Rugi tahu tak masuk Tun Merah?


Kerugian utama : Takdapat kenal aku ; orang yang paling comel,menawan,pemalu @ Tun Merah. :P


Masa nak gugel something, aku terjumpa petikan nihh :

.'..........Tidak berapa lama selepas menjadi sultan, Sultan Mudzaffar Shah telah berselisih faham dengan Tun Saban. Tun Saban pun membuat Kota kubunya di Temong. Punca perselisihan itu disebabkan oleh Sultan Mudzaffar Shah yang berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama Tun Merah untuk dijadikan gundik. Tun Saban tidak membenarkan. Baginda pun memanggil Tun Saban ke Istana serta menitahkan beliau pergi beramu (mencari kayu) di hutan untuk membuat Istana yang baru. Sepeninggalan Tun Saban, datanglah orang-orang Raja memanggil Tun Merah dan dibawa ke istana. Tun Saban pun terlalu marah dan kembali ke dalam hutan serta ditebangnya sepohon kayu tualang yang amat tajam di pangkal dan hujungnya. Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipuja selama tiga petang berturut-turu, akhirnya batang itu pun terbang berpandu menimpa istana Sultan Mudzaffar Shah menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Apabila Baginda ketahui perbuatan itu datangnya dari Tun Saban, maka Baginda pun tersangat murka lalu memberi titah menawarkan pangkat Bendahara kepada barang siapa orang-orang Baginda yang dapat membunuh Tun Saban. '



kredit :http://sultan.perak.gov.my/bahasa/mudzaffar_shah.htm


Tun Merah : gundik ? T_T


Gundik tuh apa?
Pegi gugel sendiri . Grr .


Kenapa sejak dua menjak ni aku rasa semua rasa tak kena eh?

Jumpa lagi,





2 comments:

Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...