jantung-degup . ;)

Monday, April 18, 2011

cerita semalam....

Lupakan cerita 6 Jahanam itu.

mood:cerita diri sendiri.

SEKOLAH.

indahkan zaman tuh?borak main tido dalam kelas bagaii,

kebanyakkan orang mesti ingat satu-satu kenangan mereka di sekolah daripada sekolah rendah sammmpai sekolah menengah.*biasalah budak lepasan SPM kann?U lain ceritalah.=_=
tapi bagi aku,zaman indah persekolahan aku hanya bermula dari sekolah menengah sahaja.

kenapa?

*sigh*

susah aku nak jawab.

hanya mereka yang berkaitan je yang tahu.
atau berpengalaman,mungkin?

budak sekolah,eh,pengawas yang pendiam,mentally bullied,tak ada kawan,asyik kena marah,rehat sorang-sorang takde siapa yang teman,macam-macamlah.

mungkin sebab fizikal aku kot.

atau sebab aku tak pandai macam mereka yang lain.

sedih,memang sedih kalau korang dapat rasa sampai satu masa aku tak nak pergi sekolah,bagi aku sekolah adalah tempat yang paling menakutkan.

yang paling menyedihkan,aku still dilayan sebegitu rupa hingga kini.jumpa terang-terang depan mata buat-buat tak kenal.adalah satu dua yang menegur.

Dan rasa 7 tahun dulu masih menghantui aku,tambah-tambah bila aku ada di tempat lain,yang ada ramai orang yang aku tak kenal.

Diam.Takut.Kenangan 7 tahun dahulu macam flashback ajee kat otak aku.

                           lebihkurang tambah tolak bahagi.=_+" 


jadi,patut ke aku pergi reunion sekolah rendah aku?


Hati aku kuat kata x payah.Mungkin bunyinya macam ego,

tapi aku still tak kuat.aku bukan manusia sempurna.kenangan tuh bukan macam tulisan pensel yang boleh padam dengan pemadam.

aku benci diri aku yang dulu.Diri aku masa bebudak @ sekolah menengah dulu TOTALLY DIFFERENT 100%.aku berubah sebab aku x nak dilayan macam zaman sekolah rendah aku dulu.

aku happy sangat bila aku dapat tinggalkan zaman sekolah rendah aku.even dengan result yang x memuaskan.=)


aku sedih teramat bila aku KENA tinggalkan zaman sekolah menengah aku,even result aku agak membanggakan.=_=

siapa yang tak sedih weh?

kawan-kawan aku terima aku seadanya.
sentiasa ada bila aku senang susah.
sentiasa ada bila aku lemah dan perlu bangkit.
sentiasa pinjamkan aku bahu masing-masing bila aku menangis.

aku benci bila orang cuba ungkit masa silam.

macam aku cakaplah,masa silam aku bukan indah macam orang lain.
aku tak nak apa-apa jadi sebab mulut aku kadang-kadang kalau dah tak terkawal dek akal memang lancang tak hengat.

itukan benda dulu?kenapa nak ingat lagi?

memang.benda tu mmg dah lama.lama berlalu.
tapi kesannya sampai sekarang masih terasa weh.SAKIT.ko x rasa senang la cakap.


for budak-budak ASPURIJ/ASPURAJ 2006-2010,

terima kasih.

sebab pernah warnai hidup aku,bagi aku makna kawan.SAHABAT.

=_=

till then,

Sunday, April 10, 2011

6 JAHANAM ^_+"

indah bukan tajuk itu?percayalah,alam kubur itu benar.ini benar.



setiap tahun,semua orang,mesti ada azam baru,even azam yang lepas cam haramm.(gampang pun buleh.)haha

amaran:aku tahu nih bukan hujung tahun nak cerita pasal azam memazam mih tapi aku nak cerita jugak sukati akulahhh nih blog aku oke x kelakar tapi dari tadi aku cakap nih amaran.=__="

tapi,ada gak yang qada' bawak ke tahun depan azam lama tuh.dan ini lebih kurang tolak tambah macam aku.

apa,ingat aku x ada wawasan keh?aku amek SPM tau.HAHA


BAIKLAH.


dalam segmen post kali nih,akan aku senaraikan 3/6 azam aku pada tahun ini yang telah pun jahanam.Kecewa?tidaklah.tertekan?SUDAH TENTU !huh.=_____="


1.TIADA.LAGI.MENCARUT.

Bila aku pikir-pikir balik,inilah azam aku yang memang tetiap tahun aku set dalam otak aku.Aku memang beria-ria yakin TIDAK AKAN mencarut lagi mulai tahun 2011.Tapi cam harammm jeh.

Suara jahat cakap,kenapa tidak?bukan dosa sangat pun.sikit jehh.

dan aku tergoda.

mana taknya?ingat duduk dekat PLKN tuh 24 jam buleh senang lenang goyang kaki pinggang pinggul and lain-lain yang buleh digoyang gerudi tanpa melakukan kerja?oh,dosa silap besar namanya.Kadang-kadang x buat salah pun kena marah.Aku x salahkan sesiapa pun.maybe salah aku.Kalau dari dulu aku x mencarut,mungkin x jadi begini.T___T

dulu kat PLKN,member-member aku selalu cakap:


kalau aku tak kenal kau,sumpah aku x caye kau budak sekolah agama.x___x

kau x tipu aku kan?betul ke ko sekolah agama?T____T

sumpah jugak,aku x kan lupa ayat-ayat mengancam ini.maafkan saya cikgu lain kali saya x buat lagi.HAHA


kesimpulannya,keadaan memaksa.(tajuk atas dah tunjuk pun aku dah mencarut tanpa disedari)HAHA






2.TIDAK.AKAN.SENTUH.DUIT.ELAUN.PLKN.WALAU.APA.PUN.YANG.TERJADI.


aku dengan SHOPPING bagaikan isi dengan kuku.aur dengan tebing.atau lebih tepat,bagaikan pinang dibelah dua.

errr...melampau kot.okey,bagai irama dan lagu.HAHA.

kat PLKN,koperasi tuh pun aku anggap macam SOGO.
Terkok Burger pun macam Burger King jeh aku nampak.

memboronglah aku.HAHA

tengok baju tuh cantik sikit,beli.tengok barang tuh cantik sikit,beli.
beli barang+baju segala bagai tuh pakai daun kot.

sumber kewangan?

ayah:nantilah....baju kan banyak lagi x pakai?

tapi aku nak jugak sebab otak aku dah mindset,kalau hari nih aku x dapat beli,sampai bila-bila aku x akan dapat beli benda tuh.

ibu aku?kompom2 lah sokong ayah aku.itu kan tanggungjawab seorang isteri.HAHA

sumber kewangan yang satu-satunya aku ada....ya,elaun PLKN.
maka,berjumpalah mesin ATM dengan kad aku pada hari itu.BAHAGIA,bukan?

HARAMMMMMMMMMMMMMM.



3.DEACTIVATE.FACEBOOK.MYSPACE.FRIENDSTER.DAN.LAMAN.LAMAN.SOSIALL.YANG.LAIN.


Ternyata,even hati aku sakit tahap dewa,Facebook masih sukar untuk aku kikis dalam hati ini.HAHA.

padahal aku dah set dalam otak aku,aku x nak dah budak-budak kelas+hostel contact aku lepas aku jawab soalan Ekonomi Asas.=D

JOM,FLASHBEK DIALOG MEGAH AKU DENGAN MEMBER-MEMBER AKU TAHUN LEPAS.:)

i_d:weh,,,,,aku dah x de FB,FS,MS taun depan.aku tumpu kat blog jeh.
X:hek eleh...ntahpape ko nih..lek ah,susah r nak contact kau nanti....
i_d:ala..lepak ah.korang kan ada no.phone aku?
X:jgnlah...ko pikr balik,eh.


aku diam terus.


sampai ke hari ini,semua akaun laman sosial aku masih aktif.dan sampai ke hari ini juga.bersyukurlah

shial lah.misi aku sume GAGAL.FAILED.huhhhh.



baiklah.sampai disini saja.buat panjang-panjang entry buat sakit kepala aku nak tulis.and mata korang untuk membaca.mengaji lagi bagus.=__________=


+to be continued eah !+

till then,

Tuesday, April 5, 2011

ini catatan tertunda..LAGI.^__^"

assalamualaikum...
selamat pagi.
salam 1Malaysia !


=_______________=


nampak tak?happy,kan?


semalam,bersamaan 3 APRIL 2011,aku dengan member-member sekolah lama(cehh..haha) melangkah ke The Mines dan MINES International Exhibition & Convention Centre buat kali pertamanya ! BATAK LAH KAU BATAK !!!

tujuan?

The Mines:of course,nak hang out+makan-makan+toilet-toilet+jalan-jalan.almaklumlah,MAKHLUK asing.. =___="

MIECC:untuk Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011:Jom Masuk U !aku memang lama tunggu chance nak pegi karnival nih since aku F4 lagi.


ingatkan tahun nih buat dekat PWTC,tapi dah kat tempat lain,seminggu jugaklah aku menggoogle macam mana nak pergi MIECC.bukan apa,takut sesat mana-mana,aku dah la bawak anak orang,x pasal-pasal kena menjawab..=_='


alkisahnya,

teah+izah raza a.k.a Zither sampai dulu dekat KL SENTRAL.well,dorg naik dari Sg.Buloh.dah dekat,kan?

nody+miem pulak sampai kemudiannya,tapi menggedik pegi toilet,hingga kami terlepas satu tren.mak aih...paham-paham la jarak masa kalau KTM bape kurun......kejap kottt..~~

aku sampai last,sebab ayah aku turunkan aku dekat Midvalley.ieta+yiera pulak x ikot,masing-masing ada komitmen lain.xpe,kami ingat kau selalu~~haha

sampai Serdang,kitorang naik jejantas,nak pegi KTM Jetty untuk naik water taxi pegi The Mines.Trip water taxi tuh plak ada 1/2 jam sekali.Murah pun murah,RM2.Tapi,sampai jeh turn kitorang,dah penuh.

aku:macam mana?jalan kaki?jauh dowhh !
Zither:jalan jelah,takkan nak buang masa lagi?
Teah:adoyy...hitam la muka aku !
Nody:cepatla..macam mana nih???
Miem:woy,,lapar ouh...

aku pandang Zither,dye pandang aku.Kitorang terus jalan dekat deret-deret kedai.(padahal ada je jalan dekat,balik baru aku sedar.xpe2.first time,bese ah.hee)

time jalan-jalan,aku suggest kat Zither,kita sewa cab la...dye kata okey,kau nampak,tahan terus.


OKEY.



mak aih..dah la panas,kereta banyak,jejantas jauh lagi...borak-borak pun bila masing-masing baju basah terus diam.HAHA.
bila kitorang lalu satu bus stand,ada lelaki muka cam perogol bersiri duk atas motor capuk dye tuh perhati kitorang,bila kitorang lalu,dye buat macam nih:





(err.xtau nak bagi pic ape.korang GOOGLE sendirik.keyword:gatal,miang,sangap)





laju-laju kitorang lari.tak rela wehhhh...

HAHA.


jalan je depan sikit,ada teksi,aku nampak dari jauh.

"Zith,tahan la teksi tuh!"jerit aku.

dengan penuh gemalai muka separuh rela dye tahan la...

aku bukak teksi tuh:

"Uncle,pegi The Mines boleh?"

"Ayoo..dah dekat la..jalan depan sikit ada jejantas..."

"Ala...kitorang dah penat jalan uncle..."

"Boleh,tapi uncle cas sorang seringgit,okey?" ALA SERINGGIT JE PUN TANYA MACAM SORANG RM10 HEE....

"Tak kisah!weh,jom naik !"aku cakap kat dorang,lantaklah sempit2 korang duk belakang.Aku duk depan,siap kena perli lagi.


"Seronok kot dok depan.Mesti luas..kan?"
"Bestnyeee duduk depan....seronok !"

macam haramm perangai.HAHA


U:"Tadi uncle nampak kamu dekat stesen tadi..."
I_D:"Ye ke?kenapa uncle x tahan kitorang tadi?Lain kali kalau uncle nampak kitorang,uncle tahan jehh.kitorang naik punye.."
BBB:"Tau takpe pakcik,ingatkan nak naik water taxi,penuh pulak,terpaksa kitorang jalan kaki...peluh !dah la kitorang datang dari jauh.."
U:"Dari mana?"
I_D"Kuala Selangor,"
U:"Kamu jalan kaki dari Kuala Selangor?"


Jahanam.Aku ngan geng aku gelak gila vavi.


I_D:"Mana ada uncle...kalau dari Kuala Selangor jalan kaki,x hidup macam nih uncle.."

Pakcik tuh gelak jeh.

Sampai-sampai The Mines,aku bayar la duit teksi tuh.Kesian pulak tengok geng aku semua dok belakang,SEMPIT.maklumlah semua berisi.takpe2.aku belanja.HAHA


Masuk The Mines,laju-laju carik McD.lapar wehh...terutama Nody+Miem yg langsung tak sarapan pagi coz gerak awal dari rumah.naik je Level 1,nampak McD,tapi ada pulak kedai shawl+tudung+baju bagai..singgah la kejap...lagi pun dekat McD tuh panjang barisannya.semua kejar McValue Lunch.tapi ramai jugak budak sekolah dekat situ.


Rombongan sekolah kot.Baguslah.=___=



Dah beli-belah bagai,ingat nak pegi McD,tapi penuh pulak.Kitorang turun balik,jumpalah satu kedai makan nih yang tak berapa nak penuh.Tapi sebelum tuh masing-masing bantai Ice Blended@COOLBLOG.Zith orang kayes gojes tuh pulak beli donat @ BIG APPLE.



Lepas tuh......




                        bagi kesan horror sikit.seram tak?tak seram sudah









malas pulak nak menaip.Penat !takpe-takpe nanti sambung lagi.okeybabaiakunaktido !



till then,






p/s:Hensem dowh budak-budak SBP@The Mines hari tuh.(pujian berunsur napsu)


nota telinga:Zither juga setuju dengan pendapat ini.HAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...