jantung-degup . ;)

Saturday, November 12, 2011

Atuk.........


Assalamualaikum ! :)



Bila kita baca kisah sedih orang lain pun kita boleh menangis, mengalirkan air mata bagai,
Inikan pulak kalau kisah sedih tu datang dari kawan baik dunia akhirat kita.


Izzah,kalau kau baca entry aku ni,aku nak cakap yang aku menangis lepas baca entry kau,sebab aku pun tengah lalui benda yang lebih kurang sama .


Kalau kau dengan kisah nenek kau,aku dengan kisah atuk aku .


Macam aku cakap dengan kawan-kawan aku,hidup aku sebelum aku jejak alam universiti nih tak sama dengan orang lain.


Orang lain lepas SPM buat macam-macam, ambik lesen , tapi aku tak.
Dua minggu(kalau tak silap) lepas aku habis jawab paper Ekonomi Asas,aku jejak PLKN. 


3 bulan berlalu,aku balik.Tak sempat nak tarik-hembus-lepas nafas lama sikit, dah sibuk dengan result.Lepas result,aku kerja.


Tak sampai 2 minggu aku kerja,aku berhenti.


Kenapa?


Nenek aku call,cakap atuk aku taksihat.Lepas makan je batuk-batuk teruk.


Ayah terus siap-siap.Aku sekali sebab atuk aku tak boleh jalan betul sangat.


Lepas bawak atuk aku ke klinik,doktor suruh bawak pegi hospital terus.Aku cuak gila. Sampai-sampai hospital,ayah aku suruh aku bawak atuk aku masuk Emergency Ward (coz nak parking kereta).Punya menggeletar tangan aku sorong kerusi roda masa nak masuk tu,ALLAH SWT je yang tahu. Aku masuk , dan semua nurse dekat situ tanya aku macam-macam,tanya kenapa tu,kenapa ni.Aku takut,terus nangis.Aku tak tau apa-apa, tapi nurse tu macam paksa aku.Aku nampak ayah aku,terus okay balik.Aku keluar,biar ayah aku yang jawab soalan doktor+nurse tu.


Dah macam okey sikit,doktor cakap atuk takboleh makan macam orang biasa,kena guna tiub . Depan mata aku,nurse tu pasang tiub makanan tu.


Aku nampak atuk tak selesa.
Aku nampak atuk marah.
Sampai atuk cakap,dia nak mati dekat rumah.


Memang hati keringlah kalau tak menangis masa tu.


Disebabkan sedara-mara aku semua sibuk,anak-anak dorang pun takde transport nak pergi hospital jaga atuk,aku offer diri aku jaga dia.


Hari-hari aku jalan 1.5km dari Stesen KTM Klang-Hospital Sri Kota.
Hari-hari aku mandikan atuk aku.
Hari-hari aku tukar baju dia.
Hari-hari aku tengok seksanya atuk aku bila nurse asyik masukkan tiub baru sebab atuk tanggalkan bila tiba-tiba dia rasa rimas.
Hari-hari aku bagi dia makan ubat,minum susu lepas nurse tu ajar aku supaya senang bila atuk boleh balik rumah.


Kadang-kadang sampai tak jemu aku menangis bila dia tanya aku,


Mana ayah?Nak balik rumah......


Lepas dua minggu masuk hospital,atuk boleh balik rumah.Leganya hati bila tengok atuk tak batuk-batuk teruk macam dulu,hanya ALLAH SWT je yang tahu.


_____________________________________________________________________




Tun Merah,UiTM Melaka.


"Kak,ibu dengan ayah dekat hospital ni,atuk nak kena operate.Nak masukkan tiub dalam perut atuk sebab tiub yang atuk pakai sekarang tak berapa berkesan," -Ibu


Aku terus terdiam.Risau takde batasan,bila fikirkan atuk aku.Aku terbayang apa jadi kalau dia tanggalkan tiub tu macam dia buat masa aku jaga dia dulu.
Aku tahan diri aku daripada menangis,sebab aku ada exam esoknya.Aku gelak,hidup macam tak ada apa-apa.


Aku tak tau kenapa,aku menangis bila nampak atuk baru-baru ni. Aku makan sekali dengan dia . Kalau ikut doktor,atuk tak boleh makan benda-benda macam orang biasa makan.Bubur je boleh.


Bubur je weh.


Tak rasa sedih ke bila orang seronok makan,dia just perhati sambil makan bubur je?
Tapi malam tu aku makan dengan atuk aku . Aku tengok dia berjalan . Aku tengok tiub yang ada dekat perut dia . 


Air mata sekali lagi datang,tanpa diundang.


Orang lain boleh cakap apa-apa je dorang suka.
Aku diamkan sebab dorang tak rasa apa yang aku rasa.


Bukan mengungkit,tapi aku betul-betul sedih.


Aku nampak dia tak suka dengan tiub dia.
Aku nampak kesedihan dia yang dah tak sama macam dulu.


Aku tak sanggup tengok semua tu.Ayah aku faham,and ayah aku ajak kitorang balik rumah malam tu jugak.


"Dulu,atuk suka dukung,main dengan Syira masa kecik-kecik,sekarang Syira pulak yang jaga atuk....." - Nenek sedara aku.


Hari-hari,aku takpernah lupa nak doakan atuk.


Aku nak tengok atuk happy pasang pelita macam dulu.
Aku nak tengok atuk happy tukar carpet kalau dah nak raya macam dulu.


Macam Izzah jugak,aku mohon doa korang.Even tak pernah kenal,anggaplah ni pertolongan sesama saudara Islam.Doakan nenek Izzah dan atuk aku supaya diberi kesembuhan untuk terus lihat cucu-cucunya berjaya dalam meniti hari-hari akan datang. Insya-ALLAH .


Jumpa lagi!

2 comments:

Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...