jantung-degup . ;)

Tuesday, August 9, 2011

5 Ogos 2011 :)


assalamualaikum !


pergh .


hari tuh bukan main cakap kau tak nak balik sepanjang Ramadhan .


tapi,akibat satu RESIT,aku kena balik rumah BY HOOK or BY CROOK.




okey,cerita banyak pun tak guna,kan?


Alkisahnya,aku pun pulang ke Selangor minggu nih .


Disebabkan aku tak nak sangkut dekat KL Sentral sejam macam masa balik cuti mid-sem,Hari Selasa last week aku beli tiket Jebat Ekspres pukul 1.00pm.




Hari Jumaat.Kelas AIS habis awal. bagus.


Dengan gembiranya aku tunggu bas depan UiTM,walaupun bas tuh lambat 15 minit kalau tak silap aku.Lama bai.




15 minit kalau tak puasa : Sekejap gila.


15 minit kalau puasa : Lama gila mak oii !




heh.


Aku ternampak ada bas merah yang aku tengok dari jauh memang indah khabar dari rupa berbanding bas yang aku naik pukul 230pm.


"Woi,jangan cakap dengan aku nih bas kita.Bukan,kan?" suaraku berharap-Hijau Daun.


"Betul la tuh," kata H bukan nama sebenar.


Dengan pilunya,aku naik. Redha jelah.


Panas kot . aku tido pun sangkut-sangkut awatt bahang sangat nehhh ~




230pm-Terminal Bandar Selatan (TBS)




Sampai je kat sini,aku decide nak ikut member aku naik KLIA Ekspres (ERL) ke KL Sentral .Memang mahal sikit berbanding naik KTM,tapi itu je pilihan yang aku ada.
Tak sanggup aku nak tunggu lama,berhimpit macam sardin,tambah-tambah time puasa . Penantian itu satu penyeksaan tau tak ? Berhimpit pun . haha :)


Tiket KLIA Ekspres-KL Sentral


Dewasa : RM 4.20 
Kanak-kanak : RM 2.00




Okey.


Lepas aku beli tiket,tak pasal-pasal member aku nih cepat-cepat lari.Aku tengok jam perjalanan tren.Lagi 3 minit. Patutlah.


Apa aku buat ?


Aku mana boleh ketinggalan,kan ?






So,aku LARI.






Ya,aku lari sepanjang naik eskulator,sepanjang jejantas menuju rel ERL tuh,dan diikuti oleh 2 orang member aku yang lain.(sebab aku ketua rombongan,so apa aku buat mereka HARUS IKUT LA KANN ? ) heh.


PENAT LAA GILA !




Member aku gelak je.Gila ekspres tren tuh aku baru nak lelap kejap dah sampai.Ciss.






315pm-KL Sentral




Kat sini dah boleh rileks sikit.Sampai pun awal,so boleh laa kau nak jalan-jalan tengok barang,makanan segala yang ada dalam KL Sentral pun.Tak sampai 15 minit jalan-jalan aku dengan member aku terus beli tiket KTM.Aku beli tiket sampai Padang Jawa sebab ayah aku keje area situ aje.Member aku yang lagi dua tuh sorang turun Shah Alam,sorang turun sama dengan aku.


KL Sentral-Padang Jawa: RM 3.50 (Dewasa)
KL Sentral-Shah Alam : RM 2.90 (Dewasa) *tak silap aku laa.Jangan percaya sangat.heh






Sampai je tren,kitorang naik laju-laju.Alhamdulillah laa tren tuh tak ramai orang.Maybe sebab orang tak balik kerja lagi,kan? :)




430pm-Stesen Komuter Padang Jawa.


Aku sampai.Perghh.Jenuh aku nak tunggu setengah jam coz ayah aku kuar office and fetch me up pukul 500pm.Aku pun jalan-jalan laa dekat Pasar Ramadhan yang baru nak bukak.Orang pandang semacam.Eheh.Rasa macam takpuasa je. HAHA.Pukul 500pm,ayah sampai.Tepat pukul 729,aku berbuka puasa dekat rumah dengan family ! <3 YEAY ! :)






Satu perkataan yang gambarkan hari aku hari tuh : HEBAKK !




                                         Credit to : pijahashim








sekian.




till then,
















No comments:

Post a Comment

Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...