jantung-degup . ;)

Tuesday, August 23, 2011

ini cerita BC061K082 :)


assalamualaikum,semua ! :)


Cepat betul masa berlalu .


Lagi seminggu + 2 hari nak Raya.


Godek-godek Facebook,


semua tengah 'huru-hara' pasal Percubaan PMR esok ( hari nih).


Cakap pasal trial PMR....


sumpah buat aku senyum sendiri.


time aku F3, (dah 3 tahun weyy :') )




hasil aku tak hantar kerja kursus Sejarah dengan Geografi masa F2,terus aku kena humban dekat kelas ke-3.


and hari first sekolah 2008, aku menangis, tak dapat terima hakikat, sebab selama aku belajar,aku tak pernah turun kelas. Jenuh member-member aku pujuk suruh stop nangis,even ibu ayah pun datang sekolah sebab risau + pujuk aku.


Aku dah tak fikir dah apa student lelaki fikir time tu. Dorang kutuk ke apa ke aku dah tak peduli.


And start dari hari tu,aku tanamkan azam dalam hati aku,aku mesti naik kelas pertengahan tahun nih (sebab sekolah aku biasanya ada rombakan lepas exam pertengahan tahun).Memula aku benci jugaklaa budak-budak dalam kelas tu sebab aku tak kenal dorang sangat,kecuali member aku yang girls laa sebab ramai satu hostel dengan aku .


Tapi lama-lama.....best gila pulak. Hari-hari ada je yang buat lawak . Time exam bulanan jangan cakaplah . Kalau takde cikgu yang kena dengan dorang tak sah .Hari-hari aku gelak,tak miss pun sebab dorang kreatif gila nak prank orang. 


Letak paku kat kerusi orang.
Terbaling marker sampai kena tudung orang.
Kantoikan orang tido dengan cikgu.
Main nama bapak/mak/atuk orang --------> ni wajib hari-hari . :)




Sampai la exam pertengahan tahun.


Lepas exam,aku buat macam biasa . Aku tak terfikir pun pasal aku nak naik kelas sebab aku rasa tak mampu.Takkan la budak kelas ke-3 boleh naik kelas 1st senang macam tu je,kan?




Sampai la satu hari aku kena panggil dengan penyelia tingkatan 3 time tu,dia mintak peratus and gred aku.






Kalau tak silap,aku dapat 6A kot time tu.




And lepas tu,kecoh 1 kelas.Aku diam je.




Minggu yang sama jugak,cikgu bagi announcement cakap Isnin nih rombak,terus masuk kelas baru . 


Aku takut.


Aku takut aku kena tinggalkan kelas tu.Sebab ramai cakap macam tu. Aku sedih gila kot. Kelas 1st bukan stok bising+kecoh macam kelas lain.


Kelas mayat------> panggilan untuk kelas 1st time tu. :P






Hari Isnin.




Apa yang aku takutkan jadi kenyataan .


Nama aku ada dekat senarai murid kelas 1st.


Again,aku rasa nak nangis,tapi aku boleh tahan lagi time tu sebab ramai cakap tahniah kat aku,sebab 'lompat' kelas jauh. 


Kelas ke-3 -------> Kelas 1st.




Dan aku still belajar macam biasa,even memula tu lain macam jugak la sebab kelas tu senyap gila . Kalau gelak-gelak pun semua tu team aku + budak-budak hostel.




Math aku still bongok. Dapat D.




Sampai la trial PMR.


Memang hampasss aku punya result. Orang lain 6A,7A,9A,


aku 2A je .


Memang malu. Tambah-tambah lagi orang yang 'lompat' kelas macam aku.


Siyes rasa taknak masuk kelas tu lagi dah.


Dengan perlian,kutukan bagai,aku buat macam biasa.Lepas tu.. (bersambung)






Yang penting,korang buatlah sedaya upaya,sebab trial PMR nih sangat penting,sebab MRSM biasanya tengok keputusan trial dulu baru tengok yang PMR sebenar.Tapi jangan tension-tension sangat,nanti serabut tak boleh jawab . 




Usaha,doa,tawakal=Kejayaan,insya ALLAH .








Buat calon-calon PMR,all the best !




dah habis. :)






till then,




















nota kaki : terasa kosong hidup aku without Dayana . imysm ! :')







No comments:

Post a Comment

Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...