jantung-degup . ;)

Friday, August 19, 2011

saya sayang awak !

Kolej kediaman baru .




Buat orang gembira,
Buat orang sedih .






Gembira : kalau orang yang pindah tuh musuh,psiko atau orang yang langsung taknak jaga personal hygiene dia (haha nih aku jumpa kat blog someone memang COOL gila ! ;))


Sedih : kalau orang yang pindah tuh kawan baik kita,yang supply Mie Sedaap bila korang lapar,yang bagi Nesvita bila korang teringin air panas and yang paling penting orang yang selalu ada dengan kita bila kita susah atau senang . Teman bergosip jika terkantoi dekat mana-mana . Haha :)


*saya ada soalan,yang nak sedih sedih tu kenapa? bukan dah tak boleh jumpa langsung?Bukan mati pun .

-Z(bukan nama sebenar) , Zimbabwe .


Baiklah En.Z,terima kasih atas soalan itu.FYI,dekat UiTM nih bukan ada seribu dua,tapi ada 8500 pelajar.Agak-agak kau boleh ke jumpa muka yang sama tetiap hari ? Lain laa kalau orang tuh satu bilik dengan kita. Nak paham lagi,sambung baca yang kat bawah nih :


PALING Sedih : kalau orang tu kita kenal since Form 1 . Guess what? time Form 1 aku satu dorm dengan dia .

ya, entry hari Jumaat ini aku tujukan buat sayang-cinta aku, Nurul Dayana.






*kualiti gambar teruk sikit sebab takde flash .:3

Dia sanggup tahan tidur kat bilik air-cond even dia tak tahan sejuk semata-mata risaukan aku tidur sorang time Minggu Destini Siswa. Disebabkan itu jugak dia dapat selsema and demam yang sangat teruk . Berhari-hari jugak la nak tunggu dia baik .




Tak semua orang tahu yang aku pernah jatuh teruk dekat atas jalan masa otw nak balik Tun Merah lepas MDS @ Dewan Bendahara,sampai lutut aku luka teruk and susah nak jalan.Masa aku terjatuh,Dayana betul-betul kat sebelah aku . Aku tahan sakit and buat macam tak ada apa-apa,tapi Dayana sangat risau dan tak henti-henti tanya aku okey ke tak .Aku stay gelak even memang pedih gila time tu.


Sampai-sampai bilik,Dayana cuci luka and balutkan luka aku.Aku diam,tahan sakit. Tapi aku pelik kenapa dia diam.


Aku perhati muka dia, dia menangis ! Aku pelik gila.Dalam sakit-sakit tu,aku terus tanya,

I_D : Laa..kenapa nangis pulak ni? Aku okey laa.Takde apa-apa,sikit je ni...


D : *diam kejap,than cakap , "Mana ada!" *dengan air mata yang terus mengalir.

I_D : Wehh,dah la tu..aku okey ni...

D : Yela,aku patutnya jaga kau,tapi aku yang sebabkan kau jatuh...*and aku tak ingat dah apa ayat dia lepas tu

Aku diam terus. Tak terkata . Thanks, sayang . <3



Dia tetap kejutkan aku even dah banyak kali kena marah dengan aku.


Dia tetap senyum even aku selalu kenakan dia,cakap dia macam-macam.


Dia tetap cakap 'Bye!' kat aku everyday sebelum dia gerak pegi kelas even dia tahu aku memang takkan cakap apa-apa,atau lebih tepat,buat bodoh . :)






Dan pastinya,


aku rindu semua tu.


Lepas ni,


Dah takde siapa nak kutuk aku dalam bilik.


Dah takde cerita lawak kau yang kau selalu share dengan aku .


Dah takde muka study yang selalu aku tengok lepas aku bangun tidur.


Dah takde orang yang nak tidur sekatil dengan aku.




Dan apa yang paling pasti,


Air mata aku mengalir dah tak boleh nak berhenti bila tulis entry ni.*tsktsk








Dayana,aku memang takkan mengaku kat kau personally dengan kau sebab aku nak semua orang tahu.




Aku sayang kau , sangat-sangat.


Aku mesti rindukan kau . Mesti . 


Jangan lupa aku.Aku tau lepas ni kita susah nak jumpa. :')








Janji dengan aku,sem.5 kita jadi NR sama-sama,k?




 *dah tak nak tulis lagi keyboard aku dah basah dengan air mata . teehee :')






sekian.



till then,















1 comment:

Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...