Korang..pernah masuk hospital?
Teringin nak masuk hospital? <-- Gila.
Sekarang ni..denggi makin teruk.Perasan tak?
Orang Malaysia,biasalah.Bila dah kena baru nak menggelabah bagai . =='
Aku tak nafikan.
Cakap senanglah,pernah rasa ke?
Haah.Kenapa?
Dulu,aku hampirrr tak tengok dunia pasal denggi.And aku cukup sensitif kalau dengar orang meninggal/kena denggi.
Aku ingat lagi,time tu aku Darjah 2.
Demam panas tak sudah.
Badan aku penuh ruam merah.
Satu badan sakit gila.
Aku nangis non-stop.Takut.
Terus ayah aku bawak pegi Hospital Universiti Kuala Lumpur (baca : Pusat Perubatan Universiti Malaya)
Nak tau betapa teruknya demam aku time tu sampai aku takmampu nak jalan,masuk hospital naik wilcha . (wheelchair) .
And doktor tu bius aku. *rasanya coz aku susah nak tidur,n meracau-racau coz badan panas gilaa* <---- tiada kaitan dengan alam mistik.Haha
Bangun-bangun je aku tengok aku dah pakai topeng oksigen,tangan aku kiri kanan ada jarum *nak ambik darah+masuk air*
dan aku ada kat Unit Rawatan Rapi.
ICU .
risaunya parents aku time tu, ALLAH je yang tau.
Rasanya dalam sebulan jugak lah aku dok hospital, 2 minggu dekat ICU.
Seksa gilaa.Nak ikat rambut sendiri pun tak boleh,nanti jarum kat tangan tu terkeluar.
Pernah sekali aku degil punya pasal,aku ikat rambut sendiri,tercabut jarum-jarum yang ada kat aku. Digantinya balik,sakitt !
Adalah dalam tiga minggu aku tak sekolah . Datang sekolah pun ibu n ayah aku hantar sampai depan pintu kelas .Semua kengkawan aku pandang pelik.
aku awkward gile.
Berbekalkan pengalaman itulah,aku menyahut seruan *apakah semangat gile ni?* jawab soalan dari sini.
Hasilnya?
Pendek kata laa kan,
kalau ada tanda-tanda macam kat bawah ni :
1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
3. Ruam merah di kulit.
4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
5. Sakit kepala
6. Hilang selera makan
7. Muntah-muntah dan Sakit perut.
laju-lajulah ke hospital . Aku dah pernah rasa dah.Dan aku doa sangat-sangat aku takkan kena lagi macam dulu.
*pilu kejap*
Kalau ada pasu-pasu bunga tu, tengok-tengokkanlah kot-kot bertakung, tak pasal-pasal nyamuk Aedes buat tamadun dorang kat situ.
Langkah-langkah lain :
1. PERINGKAT JENTIK-JENTIK :
- Musnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas
kosong yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate/garam).
- Tutup bekas penyimpan air.
- Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga setiap minggu dan basuh serta berus
sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari piring-piring alas pasu bunga sekali seminggu dan berus piring-piring
itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
- Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
- Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air.
2. PERINGKAT DEWASA :
- Tidur menggunakan kelambu.
- Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
- Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
- Semburan kabus secara besar-besaran.
kredit : http://www.sioloon.com
Done ! ;)
Jumpa lagi !
No comments:
Post a Comment
Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)