Friday, December 30, 2011
Family-time ! ;)
Assalamualaikum ! ;)
Lama tak update, kan? Busy wehh busy , banyak benda perlukan perhatian aku sekarang .
Bapak bajetnye kau , puiii ! Heh.
So . Isnin (26/12/2011) , saya dengan bangganya mengumumkan yang saya sudah bermandi-manda di tempat yang sudah 8 tahun aku tak jejak . Desa Waterpark. Yes , Desa Waterpark.
Well , since aku and ayah aku sambung belajar , so masa untuk habiskan masa tugether-gether sangatlah sedikit. Kalau nak diikutkan , every year family gua (tahun lepas rasanya tak) ada family holiday . Tapi tuh laa , busy punya pasal , theme park jelah yang ada.
Pagi-pagi lagi ibu dah kejut . Aku punya malas nauzubillah , sampai taknak ikut . Last-last ikut jugak HAHA.
Kalau ikutkan , plan asal just nak mandi-manda kat Wet World . Tapi bila sampai , nauzubillah panjang gila queue nak beli tiket . So , plan cancelled . Then ayah aku drive gi Desa Waterpark .
Sampai-sampai jea , aku yang beratur beli tiket . (Ayah tak join , ada hal kat KL)
Harga tiket :
Adult : RM24
Children : RM17
Masuk-masuk jea aku dah macam apa jea omaigod seronoknya seronoknya ! Aku teman ibu aku carik port , while adik aku sorang pegi sewa pelampung , sorang dah mandi dulu . Excited sangat coz dorang yang beria nak gi Desa Waterpark . Haha
Dah settle semua , gua pun bermandi-manda lah seperti manusia yang ada kat situ . Semua benda kat situ aku try . Thunderbolt jangan cakaplah, memang aku dah aim nak naik benda tuh . Tapi benda tuh just bukak dari pukul 2pm-2.30pm. Aku beratur pukul 1.30pm . Itupun ada orang yang lagi depan daripada kitorang,
Paling best , Shock Wave . Mengikut ketinggian aku , aku lepas jea nak swim 1.5 meter punya area , tapi disebabkan adik last aku yg rendah kemainn , so aku takleh nak swim situ lama-lama , dah adik aku asyik nak melekat dengan aku aje , kalau biar jap lagi confirm-confirm kena dengan lifeguard kannn ?
Makanan , kitorang bawak dari rumah . Even outside food is not allowed , kisah apa aku. Makanan kat dalam tuh bapak mahal kemain .
Air mineral botol besar : RM3.50
Kacang kuda (bekas macam bekas sweetcorn tuh) : RM 4 .
Kalau korang kata murah , aku takleh nak cakap apa . Tapi aku yang datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana , amatlah mahal nak mampus . Heh .
Overall , aku memang seronok betul kat sana , even muka aku merah gila macam udang coz lupa nak pakai sunblock . (Fakta : bawak pun tak) Hahah .
Ah , minggu tahun baru nih laa aku rasa best sikit . Yeap , ini semua jasa Desa Waterpark . Kehkehkeh !
Jumpa lagi !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)