jantung-degup . ;)

Tuesday, November 1, 2011

Early Marriage itu Kahwin Awal :)

Assalamualaikum! :)


Aku taulah aku takde la tinggi mana ilmu agama aku.
Tapi aku just nak cakap jugak apa yang aku rasa.
Zul Hamizan,entry ni untuk kau yang tak faham-faham bahasa.


Aku setuju yang kawen awal ni boleh elakkan maksiat.


Tapi takkanlah kau nak kawen awal semata-mata nak elakkan maksiat je?


Hidup ni kena seimbang dunia akhirat bang,takkan kita nak tumpu kat akhirat jea,yang dunia dilupakan sebab melalui kehidupan kat dunialah yang menjamin kehidupan kita kat akhirat kelak .
Kalau kau rasa kau dah boleh pegang tanggungjawab,rasa boleh pimpin keluarga kau,okey tak kisah.


Takpun kalau kau pandai rancang keluarga,takpelah .:D


Aku just fikir,kalau kawen semata-mata nak elak maksiat, macam mana masa depan anak isteri kau?
Takkan sampai mati kau nak gantung harap dekat family kau?


At least,kalau kau ada sikit rasa tanggungjawab tu,takdelah kau nak merempat sini sana nanti.
Sebab orang pernah cakap, bila kita kahwin,maksudnya kita mempertaruhkan nasib dalam satu alam yang kita tak tau nasibnya,hujung pangkalnya.Sebab tulah suami isteri kena betul-betul mainkan peranan dorang,terutamanya suamilah,coz dorang ketua kann ? ;)


Terutamanya kalau keluarga kita bukannya kerabat diraja,mahupun keluarga berada.
Nak kawen awal pun,kena fikir banyak sebenarnya.


Mampu ke kau nak tanggung anak+isteri kau sedangkan kau pun still belajar ?


PTPTN kan ada?
Hayunn.PTPTN tu nak belajar pun tak cukup,ni nak bagi isteri+anak makan.


Alahh.Kitorang rancang nak dapat anak lepas aku dengan aku dengan isteri aku grad,dapat kerja.Lek luu. :)
Hayohh.Manusia mampu merancang,ALLAH SWT jugak yang menentukan.Kalau dah ditakdirkan korang still dapat anak even korang dah buat macam-macam langkah pencegahan,korang nak buat apa?Gugurkan?<--- sumpah memang bodoh kalau buat macam ni. Bukan apa,manusia ni mudah kalah dengan nafsu.Dr M jugak pernah cakap,'Melayu mudah lupa'. Heh .<---faham-faham la.Aku malas nak cerita banyak .


Senang cerita macam nilah.


Kalau kau betul-betul dah sedia,berani,dah TAHU semua yang berkaitan tanggungjawab and niat kau kawen awal pun sebab nak elakkan maksiat ,nakkan nikmat cinta yang suci ialah cinta selepas nikah-cinta yang diikat dengan ikatan suci sehidup semati DAN nak mencintai isteri kerana ALLAH SWT, teruskan . Jangan pandang belakang dah. Haha . :D


Berani tu penting.Takdir ALLAH SWT takde siapa yang tahu.Andai ditakdirkan tulang rusuk yang kau jumpa tu bukan milik kau,kenalah berani menghadapinya. Redha. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk,kan?


Lagipun,ada hikmah disebaliknya.


 Dan ketahuilah sahabatku, Allah turunkan ujian pada kita adalah kerana DIA rindu mendengar rintihan dari hamba-hamba-NYA, Allah berfirman melalui hadis qudsi yang bermaksud:

 “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”


Lega rasanya.Aku pun manusia biasa,ada banyak kekurangan.Kalau ramai yang tak setuju,aku mintak maaf.Aku tak mampu nak puaskan hati semua orang.Kalau ada yang salah dengan pendapat aku ni,sila tunjuk ajar kat Facebook aku eah ! ;)


p/s :Semuanya terpulang pada diri sendiri sebenarnya. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,macam tu jugak sebaliknya.So,kita (termasuk aku)kenalah usaha ubah diri tu.Tapi kalau dapat yang tak sempurna (baik tu definisinya luas),itu maksudnya ...

mungkin Allah memilih dia untuk mengubah pasangan hidupnya kan, besar pahala tu.

Jumpa lagi,


No comments:

Post a Comment

Dah baca? Meh komen.Nak kutuk boleh,maki pun boleh . :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...