jantung-degup . ;)

Thursday, November 10, 2011

Kolej.Kolej.Kolej.

Assalamualaikum ! ;)


Malas betul aku nak update blog ni.
Tak bernafsu langsung.


Penat sebenarnya .
Bukak eHEP kat iStudent Portal UiTM,








Macam tu jelah sejak semalam.
Cuak wei.
Rasanya debaran tunggu permohonan kolej diluluskan macam 23 kali ganda debarnya daripada tunggu result final exam hari tuh .


Eh? Ye ke? Ahh, kira lebih kuranglah.
And next week aku balik Melaka.Jejak tanah Lendu yang aku rindu. Haha ;)
Nak habiskan packing pun takde semangat disebabkan eHEP tu.


Rasa nak bunuh orang pun ada nih.


Esok Cippy ada appointment dgn vet.Pegi Kuala Selangor -----> jenjalan . Yeay !





Jumpa lagi ! 

Tuesday, November 8, 2011

Denggi dan Saya . Saya Dan Denggi .

Assalamualaikum ! ;)




Korang..pernah masuk hospital?
Teringin nak masuk hospital? <-- Gila.


Sekarang ni..denggi makin teruk.Perasan tak?


Orang Malaysia,biasalah.Bila dah kena baru nak menggelabah bagai . =='
Aku tak nafikan.


Cakap senanglah,pernah rasa ke?
Haah.Kenapa?


Dulu,aku hampirrr tak tengok dunia pasal denggi.And aku cukup sensitif kalau dengar orang meninggal/kena denggi.


Aku ingat lagi,time tu aku Darjah 2.


Demam panas tak sudah.
Badan aku penuh ruam merah.
Satu badan sakit gila.
Aku nangis non-stop.Takut.


Terus ayah aku bawak pegi Hospital Universiti Kuala Lumpur (baca : Pusat Perubatan Universiti Malaya)


Nak tau betapa teruknya demam aku time tu sampai aku takmampu nak jalan,masuk hospital naik wilcha . (wheelchair) .


And doktor tu bius aku. *rasanya coz aku susah nak tidur,n meracau-racau coz badan panas gilaa* <---- tiada kaitan dengan alam mistik.Haha


Bangun-bangun je aku tengok aku dah pakai topeng oksigen,tangan aku kiri kanan ada jarum *nak ambik darah+masuk air*


dan aku ada kat Unit Rawatan Rapi.


ICU .


risaunya parents aku time tu, ALLAH je yang tau.


Rasanya dalam sebulan jugak lah aku dok hospital, 2 minggu dekat ICU.


Seksa gilaa.Nak ikat rambut sendiri pun tak boleh,nanti jarum kat tangan tu terkeluar.


Pernah sekali aku degil punya pasal,aku ikat rambut sendiri,tercabut jarum-jarum yang ada kat aku. Digantinya balik,sakitt !


Adalah dalam tiga minggu aku tak sekolah . Datang sekolah pun ibu n ayah aku hantar sampai depan pintu kelas .Semua kengkawan aku pandang pelik.


aku awkward gile.


Berbekalkan pengalaman itulah,aku menyahut seruan *apakah semangat gile ni?* jawab soalan dari sini.
Hasilnya? 






Pendek kata laa kan,


kalau ada tanda-tanda macam kat bawah ni :


1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
3. Ruam merah di kulit. 
4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
5. Sakit kepala
6. Hilang selera makan
7. Muntah-muntah dan Sakit perut.




laju-lajulah ke hospital . Aku dah pernah rasa dah.Dan aku doa sangat-sangat aku takkan kena lagi macam dulu.


*pilu kejap*


Kalau ada pasu-pasu bunga tu, tengok-tengokkanlah kot-kot bertakung, tak pasal-pasal nyamuk Aedes buat tamadun dorang kat situ.


Langkah-langkah lain :


1. PERINGKAT JENTIK-JENTIK :


- Musnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas 
kosong yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate/garam).
- Tutup bekas penyimpan air.
- Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga setiap minggu dan basuh serta berus 
sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari piring-piring alas pasu bunga sekali seminggu dan berus piring-piring 
itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
- Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
- Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air.


2. PERINGKAT DEWASA :


- Tidur menggunakan kelambu.
- Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
- Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
- Semburan kabus secara besar-besaran.


kredit : http://www.sioloon.com


Done ! ;)


Jumpa lagi !

Friday, November 4, 2011

Saya pemalu orangnya .;)

Assalamualaikum !






Haha . Aku suka bila orang jawab soalan aku dengan jawapan yang memang aku nak dorang jawab sebegitu.Yang penting aku LIKE gile dgn opening budak Aira Zumi ni .





Contoh jawapan yang aku cukup suka :


kredit : Kak Yuni



Tapi kann,aku pelik ah,kenapa ramai tak setuju dengan kenyataan ni?


Fathin Syairah seorang yang comel,menawan dan PEMALU <-------*fokus kat huruf besar.


Dengan Raja STAM + Azy Kepeng Rempit sekali hentam aku kaw-kaw. 






Takguna . Memang macam ni kea kawan?*lap air tumpah*
Heh . Takkan aku nangis untuk korang. =__=


Macam mana nak buat orang percaya yang aku ni pemalu?


Geram pulak aku enn ?


Tak cukup Facebook,soalan yang aku tag kat orang hari tu pun aku kena balik . apakahh ?







Pemalu ---> jahanam = sedih . heheh
ni kata Kak Yuni.



heh.saya tahu saya menarik . Haha :D
ini kata Aira Zumi.


Aku merayu.Tolonglah percaya yang aku ni pemalu.Please? Haha ;)


*Pencuci mata*


Status : Semua tak setuju bila aku cakap aku sangat pemalu . Tolonglah percaya . Haha . :D


Reaksi :




*KLIK UNTUK TUMBESARAN GAMBAR*




Taknak cakap banyak.I terluka tawww . :')




Dahh.


Jumpa lagi,

Thursday, November 3, 2011

Saya Kena Tag. Lagi . ;)

Assalamualaikum! ;)







Masa -orang- cuak-takut-tengok-result-nilahhh orang nak main tag-tag dengan aku.
Notti sungguh . Haha
Takpe . Aku layankan aje . Janji kau doakan aku dapat DL esok . heehee :'D


Entry nih untuk Aira Zumi !


  • suka tak makan aiskrim?
nak cakap suka,tak jugak.nak cakap benci pun tak jugak . <------- Inilah jawapan seorang gadis comel menawan yang menghidapi penyakit gigi sensitif . :')

  • suka ciom budak kecik ke budak besar
Orang dewasa .Ohh maafmaafmaaf . Budak keciklahh . Haha.Comel,kann ? Budak besar buat apa .Tak comel langsungggggg . Eheh

  • agak2 la kan dalam sehari berapa kali menghadap laptop
Takdelah 24/7 . Ingat aku takde life langsung? Nak berjimba kat kelab siang malam lagi,nak jenjalan sume tuhhh.Baca buku for next sem lagi .<----- okey ni tipu :P

  • apa pendapat korang orang yg suka kentut merata-rata
Ini negara berdemokrasi.Semua orang mempunyai kebebasan bersuara,apatah lagi kentut yang rasanya majoriti tidak berbunyi langsung.Kalau berbunyi pun apa salahnya?Bukan selalu . Ahahahaha :D

  • kalau ada orang sibuk jaga tepi kain korang apa yg korang akan buat kat budak tu?
Mulut orang ni bukan mulut tempayan yang boleh tutup sesuka hati . Aku malas nak fikir banyak .Buat bodoh sudah . Orang macam ni kalau penat and takde orang nak layan,diam laa dia. Haha . Kalau melampau aku sihirkan aje . <---jangan ambik serius . Ini gurauan . haha ;)


Kini,tibalah masa aku untuk tag-tag orang balik . Heh !



haha . meh sini jawab soalan saya ! . :D


*kalau Doraemon ada, apa yang anda nak daripada beliau ? Kenapa ?

*satu perkataan yang menggambarkan diri anda?

*Fathin Syairah sangat comel,menawan dan sangat pemalu.
Adakah anda setuju dengan pernyataan di atas ? Mengapa ?(harus lebih daripada 25 patah perkataan) ;P

*Kalau ada RM1 dalam poket,nak buat apa dengan duit tu?

*Kahwin : Pilihan keluarga atau pilihan sendiri ? Mana satu? Kenapa?

*Katakanlah hari ni ialah hari terakhir dalam hidup anda, apa yang anda mahu katakan pada orang yang anda cintai dalam diam ? *ada ke takde ke jawab jugakk ! *

*Apa yang korang harapkan daripada Fathin Syairah 7 tahun akan datang? heh =__=


DONE! 

Jumpa lagi,


















notajarikaki : esok result keluar.Doakan yang terbaik ea ?





Tuesday, November 1, 2011

Early Marriage itu Kahwin Awal :)

Assalamualaikum! :)


Aku taulah aku takde la tinggi mana ilmu agama aku.
Tapi aku just nak cakap jugak apa yang aku rasa.
Zul Hamizan,entry ni untuk kau yang tak faham-faham bahasa.


Aku setuju yang kawen awal ni boleh elakkan maksiat.


Tapi takkanlah kau nak kawen awal semata-mata nak elakkan maksiat je?


Hidup ni kena seimbang dunia akhirat bang,takkan kita nak tumpu kat akhirat jea,yang dunia dilupakan sebab melalui kehidupan kat dunialah yang menjamin kehidupan kita kat akhirat kelak .
Kalau kau rasa kau dah boleh pegang tanggungjawab,rasa boleh pimpin keluarga kau,okey tak kisah.


Takpun kalau kau pandai rancang keluarga,takpelah .:D


Aku just fikir,kalau kawen semata-mata nak elak maksiat, macam mana masa depan anak isteri kau?
Takkan sampai mati kau nak gantung harap dekat family kau?


At least,kalau kau ada sikit rasa tanggungjawab tu,takdelah kau nak merempat sini sana nanti.
Sebab orang pernah cakap, bila kita kahwin,maksudnya kita mempertaruhkan nasib dalam satu alam yang kita tak tau nasibnya,hujung pangkalnya.Sebab tulah suami isteri kena betul-betul mainkan peranan dorang,terutamanya suamilah,coz dorang ketua kann ? ;)


Terutamanya kalau keluarga kita bukannya kerabat diraja,mahupun keluarga berada.
Nak kawen awal pun,kena fikir banyak sebenarnya.


Mampu ke kau nak tanggung anak+isteri kau sedangkan kau pun still belajar ?


PTPTN kan ada?
Hayunn.PTPTN tu nak belajar pun tak cukup,ni nak bagi isteri+anak makan.


Alahh.Kitorang rancang nak dapat anak lepas aku dengan aku dengan isteri aku grad,dapat kerja.Lek luu. :)
Hayohh.Manusia mampu merancang,ALLAH SWT jugak yang menentukan.Kalau dah ditakdirkan korang still dapat anak even korang dah buat macam-macam langkah pencegahan,korang nak buat apa?Gugurkan?<--- sumpah memang bodoh kalau buat macam ni. Bukan apa,manusia ni mudah kalah dengan nafsu.Dr M jugak pernah cakap,'Melayu mudah lupa'. Heh .<---faham-faham la.Aku malas nak cerita banyak .


Senang cerita macam nilah.


Kalau kau betul-betul dah sedia,berani,dah TAHU semua yang berkaitan tanggungjawab and niat kau kawen awal pun sebab nak elakkan maksiat ,nakkan nikmat cinta yang suci ialah cinta selepas nikah-cinta yang diikat dengan ikatan suci sehidup semati DAN nak mencintai isteri kerana ALLAH SWT, teruskan . Jangan pandang belakang dah. Haha . :D


Berani tu penting.Takdir ALLAH SWT takde siapa yang tahu.Andai ditakdirkan tulang rusuk yang kau jumpa tu bukan milik kau,kenalah berani menghadapinya. Redha. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk,kan?


Lagipun,ada hikmah disebaliknya.


 Dan ketahuilah sahabatku, Allah turunkan ujian pada kita adalah kerana DIA rindu mendengar rintihan dari hamba-hamba-NYA, Allah berfirman melalui hadis qudsi yang bermaksud:

 “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”


Lega rasanya.Aku pun manusia biasa,ada banyak kekurangan.Kalau ramai yang tak setuju,aku mintak maaf.Aku tak mampu nak puaskan hati semua orang.Kalau ada yang salah dengan pendapat aku ni,sila tunjuk ajar kat Facebook aku eah ! ;)


p/s :Semuanya terpulang pada diri sendiri sebenarnya. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,macam tu jugak sebaliknya.So,kita (termasuk aku)kenalah usaha ubah diri tu.Tapi kalau dapat yang tak sempurna (baik tu definisinya luas),itu maksudnya ...

mungkin Allah memilih dia untuk mengubah pasangan hidupnya kan, besar pahala tu.

Jumpa lagi,


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...