jantung-degup . ;)

Sunday, February 2, 2020

3 tahun kemudian- 2020!

Assalamualaikum!!

Ada lagi ke ingat blog ni? Ah pegi mampuslah lol

Ini adalah kesinambungan post 3 tahun lepas tentang 2017 resolutions aku. I'm so proud of myself! Let's kupas satu-satu ayuhhhhhhh ;

My 2017 resolutions are as listed below :

1. To grad on time with a good pointer. I need your pray for ths resolution gais im currently in my           final examination month so yeah mohon doakan!

2020 : Alhamdulillah grad sudeh! Pointer astaghfirullahalazim ye tapi tetap bersyukur sebab dapat grad on time!


2. Get a good job to give back to my parents, buy my own house (oh wow) and yeah PTPTN too!

2020 : Alhamdulillah, almost 2 years I secured my 1st job. Stress itu biasa, tapi malasssnyaaaa wei esok kerja pulak halahhhhhh hahahaha rumah belum beli, tapi dah ada plan. Doakan rezeki kekpaten melimpah ruah pls lulz. PTPTN? Dah start bayar and dah tinggal 4 angka untuk dibayar balik. Habis PTPTN kita secure rumah pulak! Yess inshaa Allah!!!


3. Start my Master studies kalau diizinkan Ilahi, Inshaa Allah!

2020 : Belum start lagi. Maybe sebab kebusy-an kerja and financial factor. Tak apalah, tunggu komitmen kurang sikit then baru consider. Tapi rindunya belajar....


4. Start my first house saving. Oh double wow here lels

2020 : Ini pun belum start lagi okay sedih. Tak apalah. Sabar sikit lagi. Kurangkan hutang-hutang dulu baru start ini yaaaaa :(


5. Own dUCK planner and at least one LE scarf (kahkahkahkah)

2020 : Dah merasa ada dUCk planner tahun 2017 rasanya, now tak dan nak beli sebab tak minat design dia. As for tudung, I only owned 1 KLCC duckscarves. Okay la tu khennnnnnn lol


6. Get my official license before my L license expires this year!!!

2020 : DAH DAPAT LESEN KOMPETEN DAH WOIII HAHAHAHA even nak dapatkan tu drama nak mampus ye takpe tu cerita next post. 



Conclusion ; Alhamdulillah. Hazha min fadhli rabbi. :)



Best Regards,
@fa10_syairah <3












Monday, January 2, 2017

2017

Assalamualaikum and hello there!

Haha gila apa aku ni setahun sekali update blog?

Tak apalah i don't even know ada ke yang give a damn dekat blog bodo ni but who cares anyway hahahahahahaha wth you are doing Fathin its already 2017 so you should slow down your random punchline hahaha yakinyehhhhhhhhhhh

Okay.

My 2017 resolutions are as listed below :

1. To grad on time with a good pointer. I need your pray for ths resolution gais im currently in my           final examination month so yeah mohon doakan!
2. Get a good job to give back to my parents, buy my own house (oh wow) and yeah PTPTN too!
3. Start my Master studies kalau diizinkan Ilahi, Inshaa Allah!
4. Start my first house saving. Oh double wow here lels
5. Own dUCK planner and at least one LE scarf (kahkahkahkah)
6. Get my official license before my L license expires this year!!!



Ini je kot setakat ni? Doakan yeeee para pembaca (if there any) kahkahkah


Regards,
@fa10_syairah

Saturday, January 9, 2016

Internship/Latihan Industri Part 3 : Penempatan ( Company/Syarikat )

Assalamualaikum gaiss!

Lupa nak wish Happy New Year wahahahahah dah lama tak update punya pasal so yes semoga azam baru engkorang tercapai tahun ni dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah, Inshaa Allah....

Next, penempatan.

Dalam proses latihan industri ni, ini la part yang paling crucial sekali . Dengan company lambat bagi respond, belum cakap pasal rejection lagi...pening!

So tipsnya disini adalah;

1. Make a companies' list that you are going to apply . Supaya lepas taklimat latihan industri tu, korang dah boleh bergerak terus approach company yang korang nak tu.

2. Pastikan company yang korang pilih tu kena dengan korang . Maksudnya kat sini , sama ada dekat dengan rumah, easy accessible by public transport , good allowance in case you guys nak sewa rumah ke hape.

3. Untuk students account, kalau korang nak end up dalam accounting field, go for auditing firm sebab korang akan belajar banyak rather than orang yang dapat bahagian finance sahaja sebab scope dia tak luas macam audit firm . Tapi antara satu disadvantage dekat audit firm , mostly offer allowance yang.....tak berbaloi . Jadi pandai-pandailah cari dan buat pilihan ya?

4. Selain audit firm, recommended jugak untuk ke Big 5 macam Ernest&Young, Deloitte, KPMG, BDO and PwC (PricewatercoopersHouse) untuk masa depan yang lebih terjamin . Allowance pun sangat wow okay percayalahhhhhhhh

5. Kalau dalam dua minggu lepas semester bukak korang masih takde latihan praktikal punya briefing, cepat2 jumpa ketua program ya? Jangan bawak main woi nak buat surat bagai tu ambik masa jugak, so kalau lambat, hujung sem nanti engkorang yang merana! Luls

6. Biasanya universiti akan keluarkan list company yang ambik pelajar praktikal, tapi kalau dia tak keluarkan, korang boleh je drop me an email and I'll give employer database for your reference, okay? Here : fa10syairah (at) hotmail.com

7. Ada certain company letak pointer sebagai requirement macam Big 5 yang iolls list kat atas. Tapi engkorang jangan down pulak, try je apply sebab tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahuuuuu kakakaka lepas apply tu doa la banyak banyak semoga dipermudahkan...inshaa Allah kalau tertulis rezeki korang kat situ, tak kira la apa keputusan korang tu, akan dapat jugak hihi

Okay, sampai sini dulu. Nak tanya pape boleh tanya or e-mail je, hehe

All the best gais!!

Cheers,


Internship/Latihan Praktikal Part 2 : Resume

Assalamualaikum gais,

Dah lama tak menulis sejak aku pun busy nak mati hadap finals kali ni, so I have decided to do something beneficial untuk students lain dekat luar sana yang mungkin akan intern next sem atau bila-bila yang diperlukan, dengan harapan engkorang doakan aku yang baik baik jelah kan leulssssss

So yes, talking about my internship, I'll do a special post on it later, let's focus to this one.

Resume.
Basically resume ni penting masa nak apply intern mahupun masa kerja nanti.
Tapi....pernah dengar CV which is Curricular Vitae?
Apa bezanya?

Okay, resume ni biasanya banyak benda-benda basic macam maklumat diri, latar belakang pendidikan and pengalaman kerja. Untuk CV pulak, macam lebih terperinci sikit terutamanya bab pengalaman kerja . Jadi terpulanglah korang nak buat yang mana sebenarnya asalkan kena kreatif, keep it short and simple, tapi padu . Ha gitulah....

Tips untuk resume :

1. Kalau boleh biar satu page je resume tu, sebab biasanya majikan ni busy dengan kerja seharian so dia perlukan benda yang simple dan mudah supaya tak banyak ambil masa dia . So yes, keep it short and simple tapi cukup informative untuk bakal employee.

2. Boleh jugak buat colourful resume kalau bidang tu bersesuaian. I mean kalau corporate punya field, kena la buat yang basic and bold, jangan berani pulak kaler-kaler konon nak tunjuk pandai kah3 tapi untuk yang art punya field, bebaskanlah ideamu melalui resume . Sangat recommended! Lels



Okay..kalau nak contoh resume , do drop me an email yea, Inshaa Allah iolls bagi. Tak berani post sini caused by safety reasonsssss hihi

So here : fa10syairah (at) hotmail.com



All the best gais!

Cheers,

Wednesday, November 11, 2015

Random

Jadi cuti ni baru kesempatan lepak dengan member. Alah itupun bukan lama, tak sampai sejam tapi okaylahhh.

Bertukar cerita sampailah borak-borak yang buat aku sedar and terfikir something.


Tapi apa aku nak cakap sini adalah....

Mungkin setiap peluang yang datang adalah ruang untuk kau tebus kesilapan engkau dulu atau lebih tepat --

Melakukan perkara yang sepatutnya yang kau buat dari dulu lagi yang mana aku rasa ; baguslah, tak payah nak pening kepala bila fikir masa depan ye dakkkkk?

Tapi andai kata diberi pilihan tapi rasanya pasti takkan ada pilihan macam ni datang dekat aku atau mungkin jadi pada rakan rakan sahabat taulan yang lain....


Mintak jauhlah kalau benda ni datang. Serious. Kalau datang jugak, tak payah lah positif sangat konon ini adalah bahagia yang konon hilang dulu now dah datang balik sebab baru sedar yang mana kaca yang mana permata.


Go to hell i tell youuuuuu kahkahkah


Tapi tengok kes lah ye dakk. Lain kes lain penerimaannya.



Dahlah babai nak buat kerja luls


Cheers,



Sunday, October 18, 2015

Internship/Latihan Praktikal : Part 1

Assalamualaikum gaisss

Entah ada ke tidak orang nak baca catatan macam ni tapi ahhh persetankan ramai lagi kat luar sana macam aku jugak;

"macam mana nak apply intern"
"macam mana nak buat resume"
"contoh coverletter accounting student"

Wahahahaha semua ni keyword aku kat gugel okayy hahahaha


So perkembangan intern aku tak banyak pun, baru 1st call je punnnn

Selagi takde offer letter, iolls malas nak kecoh,bikin hati orang tidak tenteram huhu

So how nak buat resume? Cover letter? Boleh je comment suruh aku email contoh sebab gue malas banget nak tulis bebanyak kah3

yang penting, KISS.

Keep it short and simple.

Kalau banyak sangat achievement kat sekolah and universiti nak tarok kat resume, letak yang kat universiti aje. Hehe



Doakan aku gaisss nebes ni nak tunggu next stage wahahaha




Cheers,


Monday, September 21, 2015

Perkembangan Ringkas.

Assalamualaikum....

Woohoooo dah dekat dua minggu kat Segamat, nyata takde apa yang berubah.

Belum berapa nak busy tapi kerja-kerja tu adalah yang pending.

Tapi percayalah, paling cuak sekali pasal internship.

Aku sendiri dah layang resume aku dekat 3 company, termasuklah company impian aku.

*malas nak reveal, kalau dapat baru reveal kehkehkeh*

Only God knows betapa gigihnya aku nak dapat company impian, harapnya dapatlah...


Kasut dengan tudung dah beli kot, bukan biasa biasa jugak aku ni lol

Doakan aku pls gaisssssssssss aku nakkkkk sangatttttt niiii hahahahaha bongok gila merayu leuls



Cheers,

Friday, September 4, 2015

Nak balik dahhh!!!!

Assalamualaikum :)

Hari Raya dah habis, cuti pun dah habis. Keh3.

Sepanjang tak update menatang blog ni, baaanyaaakkk benda jadi . Tapi buat masa ni tolak tepi dulu nah, benda biasa je pun ; part time job and accident. Luls.

So , sem 6 ni quite mencabar because I'm going to start my journey as an accounting student with 'extra paper' kahkahkahkah (#iykwim)

Takpelah. Benda dah expect lama. Kenalah improve supaya tak kacau sem 7 yakni internship/latihan praktikal/latihan industri.

Fuhhh cakap pasal praktikal/latihan industri or apa apa istilah lainlah.

Maybe macam awal gila tapi aku dah mula buat preparation even possibilities aku untuk aku dapat tempat yang aku nak tu macam...

takde...

langsung?

Haihh nak ke dorang ambik student macam aku ni even aku gigih modified resume aku kasi cantik...

I just need an opportunity like pleaseeeeee i want to prove that a moderate student like me also can contribute something innovative......that even a smart student can't figure it out or think at all? Lol


Boleh buat cover letter la kot ayat atas tu kahkahkah


Nanti la sambung pasal benda ni . Kalau dapat company yang aku aim selama niiii weiiii memang tak tido malam la happy punya pasal hahahah


Moga tertulis rezekiku di sana, Aminn.....




Cheers,


Friday, July 24, 2015

Mat Ri Yer 1436H!

Hi and Assalamualaikum!

Sebulan lebih takde update.Sibuk puasa, exam and now, Raya and semester break!

Firstly, harapnya exam semua baik2 belaka since ni first timeee aku down sampai nanges sebab Costing paper. Carrymark jahanam memang tak yakin sungguh lahai sudahnya nangis. Haihhh.


Next, Raya.
Syukur masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk meraikan Syawal bersama walaupun tahun ini takdelah beria sangat nak beraya since baju pun siap satu je walaupun dah hantar before puasa lagi ; kesihatan nenek pun tak mengizinkan sampai petang sehari sebelum raya baru dapat discharge dari hospital.

Raya kali ni pun malas gilaaa nak beria sangat sebab entah, rasa dah tua malas nak kisah. Kalau ada, adalah kalau takde pun redha je.


Gerun sebenarnya memikirkan result yang bakal mendatang ni haihhhh


Rasa nak cerita banyak tapi takpe, kasi hold dulu since aku pun tengah cuti hihi



Jadinya saya, Fathin Syairah dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya, minal aidil walfaizin kepada semua yang mengenali diri dan keluarga dengan harapan semoga segala khilaf dan salah silap dapat dimaafi dengan hati yang tulus ikhlas ;)



Cheers,

Sunday, June 7, 2015

Tarappappa!


Salam semua!
Hai!

So sekarang kat Johor dah pukul 1.10 pagi. Acah2 oversea pulak Johor je pun!!!!!!!

And I'm still not-so-wide awake , sebab kerja.
Banyak dia tu macam takde hujung dia sobs.

Sekarang ni ; tinggal arab dengan ibm nak kena habiskan, kasi licin.

Law dengan tax tu rasanya on track lagi, takdelah ke laut...sangat . Haha.

Dunno what to royan hari ni , nak update Dayre pun macam alahaiiii why got no microphone function so aku just rakam je apa aku nak cakap lulz.

Jadinya sekarang ni finals nak dekat . Puasa nak dekat.

Tahun ni , merasa puasa kat bumi Johor lepas 3 tahun puasa kat Melaka darul power.


Yang paling power sekali haruslah bila aku ada test arab untuk speaking and reading esok tapi aku tak baca pape lagi kahkahkahkah




okay bye!!!!


Cheers,








Wednesday, May 20, 2015

The Power of Giving

Hello gaissss

Dah lama tak update . Busy macam hanaddddd  k k k hahahaha

so here aku nak cakap pasal sedekah .

Baru baca pasal cerita yang tengah viral tu .

And aku percaya cerita dia sebab aku sendiri pernah merasa hebatnya sedekah .


Lemme tell you my story.


Jujur aku cakap, aku tak selalu sedekah (jangan tiru perangai ni haha) even rezeki Allah bagi tu lebih.

Sampai satu hari, ada satu ceramah cakap hebatnya sedekah.

Buat aku terfikir balik, selama ni aku sedekah, aku rasa dipermudahkan sangat dalam setiap urusan yang aku buat.

Dari situ aku mula start balik benda tu.

Dalam rasa aku tak percaya pun aku hulur jugak la sebab nak merasa sendiri rasa yang dulu aku pernah rasa and tak sedar.

Sampai ada satu hari, ada satu akak ni mintak derma untuk dana rumah kebajikan. Aku tengok gaya dia, dalam kepala hotak aku mula cakap 'ni mesti tipu, sindiket'

Tapi tengok muka letih dia, aku jadi kesian. Aku hulur la berapa yang aku ada lepas tolak duit bas nak balik Puncak Alam,


Sekali balik rumah, ayah aku bagitau something . ;

' Bulan ni ayah bank in allowance lebih sikit, nanti checklah'

Sesungguhnya janji Allah itu benar.
Bersedekah itu akan melipat gandakan rezeki yang kita ada.
Sebab semua rezeki yang kita raih itu ada bahagiannya untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Kalau tidak dipermudahkan dalam rezeki pun percayalah, urusan seharian kita itu akan menjadi mudah.
Dulu selalu rasa tak cukup,
Sekarang selalu rasa cukup.

Alhamdulillah.

p/s : a good friend of mine , Khairunisa Amalina ada satu page untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan setiap minggu beliau akan jalankan program1 Minggu 1 Ringgit untuk kumpul dana buat anak anak yatim, homeless, projek surau dan sebagainya. For further info ; just click here The Power of Giving by KAZ official Facebook . Student UiTM Segamat sangat dialu-alukan untuk membantu!



Cheers!




Tuesday, April 28, 2015

Aku dan Online Shopping.

Sebelum aku mereput study untuk Test 1 MAF, lemme tell you some stories.

STORIES la sangat padahal nak cakap pasal online shopping JE hahaha


Cakap pasal online shopping, siapa je tak suka? Senang mudah asalkan ada duit. Oke part ni sedih ya mengenangkan balance duit kat Maybank aku pun dah segan hidup mati tak mahu lulz.

Online shopping....

Untuk pelajar picisan yang masih bergantung kepada pinjaman semata macam aku ni, ingat senang ke nak tahan naluri nak shopping tu? Hell no kot!

Aku jenis :

Kalau ada duit -- beli barang branded.
Kalau takde -- beli barang tak branded pun okay.

Keywordnya : Beli.

Kahkahkah

Macam aku, kalau aku mood nak jimat, aku usha barang kat mudah.com.my, which bagi aku sangat2 berbaloi and worth dengan duit yang aku bayar setakat ni.

Lazada pun okay cuma kena banyak sabar sebab postage dorang sangatttt sangat lambat, sampai seutas jam pun sampai 3 minggu baru nak dapat. (based on MY OWN experience)

Zalora -- selalu nak beli tapi dunno tak terasa macam NAK SANGAT BELI OMG OMG so banyak masuk wishlist je. Kahkahkah

FashionValet -- SUMPAH TERINGIN BUT AKU RASA BILA AH KERJA BARU BOLEH BELI SOBS. (gimme that dUCK KL CITY pls sobs)

Lelong -- pun okay. Aku usha leather bag kat KL untuk Instax 8 aku , semua harga RM100 and above. Dengan Lelong, aku dapat RM46 including postage. Hihi nampak tak berapa banyak jimatnya tu lelz

Pendek kata, engko nak shopping, sedar diri sikit. Anda mampu mengubahnya.


Wish me luck ya!


Cheers,


Monday, April 27, 2015

Meroyan.

Aku namakan post kali ini sebagai post meroyan.

Actually takdelah meroyan mana cuma biasalah banyak benda nak kena buat tapi acah2 macam takde kerja kahkahkah

So far hidup aku kat sini so good. Member dah macam ramai (la kot) haha.
Tapi okaylahh yang penting kualiti ye dakkkk lelz

Cuti midsem pun penuh dengan aktiviti hiburan sampai rasa tak cukup.
Memang takkan pernah cukup kalau cuti ni cite dia.
Dahlah takboleh kerja part time kat Pesta Buku Antarabangsa KL 2015 kali ni sebab jadual macam nate beruk lol

Oh , pegilah PBAKL 2015 , best woo tapi kurang sikitlah dis year sebab cashier lawa kat Popular tu tak kerja dah.

Eh sangat.

Kahkahkah

Report IBM dan showcase untuk difikir.
LAW article untuk direview.
Video Arab juga tak dilupa.
Chapter review pun sama.
Test MAF dengan FAR pun.


Mampos.







Cheers,

Wednesday, March 18, 2015

Lendulisme


UiTM Lendu .

Siapa sangka , 3 tahun je pun mereput dekat situ .
Tapi kenangannya....

Susah nak lupa.
Susah nak padam even paksa macam mana pun .

Lendu banyak ajar aku macam-macam.
Dekat situlah aku punya cerita kelakar, suka, duka , sayang , kecewa ada.
Tapi dekat situlah aku jumpa member yang aku rasa...

Haihhhhhhhh dunno apa jadi kalau tak jumpa engkorang.

Tak sabarr tunggu esok , round satu tempat bersejarah , sambil flashback apa yang patut.

Esok banjir ayaq mataaa laaa Lendu weiii boleh penuh Tasik Tun Fatimah tu kahhhhhhh!


Cheers!







Sunday, March 15, 2015

Bebel

Hari ni terlajak ong betul , target nak present video number tengah-tengah sikit , ambik engko number 13 teruihh naaaa kahkahkah

Hari ni bosan betul . Pegi kelas, balik kelas, CoC, pastu buat Law.....apa lagi? Video IBM lagi phewwww

Tapi esok best sebab 2 parcel yang ku nanti udah datengggg lol ya tohan tolonglah aku hentikan shopping online ni haihhhhhhh

Oh, minggu ni macam nak poie Melaka sat, lelz
Funfair sepam dua , sambil mengimbau kenangan lama gittewwwww wkwkwkwkwkwkwkwkwk

Esoklah aku post pasal perangai kejadah shooping online aku . I got two more cases to be discovered (eleh tulis je pun kahkahkahkah)


Cheers!




Friday, March 13, 2015

Lepak Jumaat

Assalamualaikum :)

Hari ni best gila even sekejap je pun lepaknya . Ada Iqbal, Penyayang (Rem), Ekhmal and Agip yang gigih settlekan Microsoft Office aku hahaha trimassss

Gigih borak pasal cerita lama hahaha memasing terkono gua kata luuu but aku rasa lapang sangat. Tak tau kenapa hahaha

Sedih pun dah tak kot inshaa Allah . Even aku tau je apa yang jadi hari ni hahahashjkl tapi biarlah .

So yeah , tadi bawak dorang ke LEMARI Lifestyle kat area rumah aku tu . Selesa and banyak menu untuk pilih, deco pun cantik , cozy gituew. Haha

So student UiTM Palam/Puncak Perdana boleh lah lepak or dating2 ke apa lantak engkorang la kahkahkahkah

Pendek kata ,

Orang lain senang lah kot cari ganti .
Tapi jenis-jenis aku ni...
Payah .
Bukan sebab taknak ,
Tapi maybe aku tak ready lagi kot .
Takpelah. Fikir diri je dulu, ye dakkkkkk?




Cheers!

Monday, March 9, 2015

Kulbelog.

Assalamualaikum :)

Esok tade kelas . But still , ada kerja sikit lepas discussion Law tadi .

So tadi Shimok belanja aku kulbelog sempena keputerian beta .

Nak dijadikan cerita....

Kekdahnya aku ada satu penyakit (idk boleh panggil penyakit ke tapi bukan penyakit pun mungkin mukjizat agaknya)

Aku boleh detect air yang aku minum tu air yang okay ( i mean yang bermasak elok) or air paip.

Kalau aku minum air tu then sakit tekak --

Tadaaaaaa air tu air paip!

And now aku sakit tekak lepas minum kulbelog pemberian Shimok.

Takmo pitnah tapi ish entahlah .

Taktaulah kalau Shimok yang tak berapa nak ikhlas belanja tu yang jadi macam tu hahahahshjkl


Cheers,
fa10syairah :)


Sunday, March 8, 2015

Kebangkitan Semula (lolnya tajuk!)

Assalamualaikum :)

Long time no write #RIPEnglish.

Haha.

Taktau angin apa, mood apa, rasa nak menulis tu membuak-buak didada kakakaka.

Padahal ada je Dayre yang selalu jadi tempat mengadu secara cepat lol.

Berhabuk sungguh ruangan ni. Telah aku usir (baca:delete) kenangan lalu yang entah. Kelakar pulak rasa masa baca tadi kahkahkah. Budak baru nak up kot time tu, lol (lagi.)

Biarkan sajaaa berakhir sampai disini, kata Amy Search dalam lappy ni. Haha

Betullah tu kot. Dah banyak sangat duka lara yang aku tahankan untuk sesuatu yang pasti bukan untuk aku, so yeaaaaa stop dan terus melangkah ke hadapan.

Walaupun kadang-kadang terasa detik itu menghantui, but it's okay fitrah kan?

So bebel panjang-panjang ni, syukurlah aku dah bergelar pelajar Diploma in Accountancy UiTM Melaka, now tengah further my degree in the same course and looking forward to sambung Master sampeiiii PhD.

Dulu bodo takpandai sains tulen, so kenalah ambik PhD kalau nak jadi doktor bahahahaha


Okay. Nampaknya nak kena buat renovation terhadap ruangan ini hmm hmmm




Cheers!
@fa10syairah :)

Monday, April 16, 2012

Beg+kasut+baju baru = DUIT . =='

Assalamualaikum ! :)

Tak boleh jadi nih .
Gua dah bosan kat rumah nih . Nak berjimba semua duit takde . Shopping lagilahhhh . nokharommmmm . Zzzz













Gua rindu bau kasut baru . Beg baru . Baju baru .Yang kat atas nih semua memang gua nak beli . yang bawah sekali tuh hukumnya wajib beli . Heh 

Tapi untuk bau-bau itu kita perlukan wang ea kawan-kawan ? Zzzz

Tengoklah.

Kaki gua baik jea , laju-laju gua kerja.

Dapat gaji , dongdanggdongdanggg gua shopping . (Y)



Jumpa lagi ,

Wednesday, April 11, 2012

Nur Amalina binti Faishol turns 19 ! :)

Assalamualaikum ! :)

Post nih special saya tujukan dekat member kamceng saya dekat UiTM Melaka , Nur Amalina bt Faishol.


Nina , this is for youuu ! ;)






Mengenali Nina.....

Budak nih talkative ya ampunnnnnnnnn , sampai dah tak tau nak buat apa dah . Jujur pun jujur sangat , kena gelak marah pulak . Haha . Tapi aku legaaa sangat sebab banyak cakap kau tuh laa kita kenal . Gaduh pasal apa jea pun , pasal Bandar Tasik Selatan vs Terminal Bersepadu Selatan . haiyaaaa . Haha :D


Okey , just nak cakap...


 Nina , time kau baca nih , aku ada kat MARDI tuh haaa , coz ada camp Yayasan Bank Rakyat tuh , but still , aku taknak lepas hari gembira kau nih . Haha . So , happy birthday yea sayang , have a blast ! dah 19 tahun dah kau , dah boleh kawen dah nihh hehehe :P


Thanks tau for being such a good gilagila member to me . Dengar aku bebel-bebel ,kutuk-kutuk , gosip-gosip , banyak nasihatkan aku since aku single sampai la nihh dah berdua dah (EH?) hahaha poyo tak ?
:P




Hadiah ? Nanti bukak sem nanti , tuntut kat gua . Haha . mesti ramai kannn kondem2 kau kat group even birthday kau pun . :P

Apa-apa pun , happy 19th birthday , my sayang Nina ! May ALLAH bless you and dapat apa yang diimpikan , k?

Termasuk jodoh sekali . EH ?





Okayyyy , tuh jea nak cakap . KAMI doakan kau bahagia dunia akhirat , Insya ALLAH . :D


Lotsoflove,



Fa10Syairah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...